Selepas 7 tahun, kembali ke Penang. Kita ni kalau tak ada urusan, jarang sekali nak ada journey to the North. Kalau ke utara pun paling jauh dekat Sabak Bernam tu je. Sampai ke Perak pun jarang sekali berlaku.

Nampak Ferris Wheel dari kejauhan di Funpark Gamuda Luge Garden. Pernah naik sekali masa tu di Melaka. Seram betul bila berada di kedudukan paling atas tu. Sampai sini rindu pula Rawang. Pernah jadi warga Rawang satu masa dulu. Hanya tinggal kenangan.

Langit biru tenang dan terang. Awan kepul-kepul. Cantik kejadian tapi panas bukan main-main. Utara sinonim dengan cuaca panasnya. Tambah lagi berdekatan dengan laut. Extra hot!

Ini bukan pertama melalui jambatan ni. Kalau dari Selatan nak ke sebelah pulau tu mesti akan ikut sini. Melainkan kalau nak singgah ke Bukit Mertajam ke, Butterworth ke, kenalah ikut jambatan pertama tu.

Cantik design jambatan ni, melengkuk tak lurus macam biasa. Ada keunikannya. Jambatan panjang dan bolehlah kita layan permandangan laut biru di kiri dan kanan.

Encik suami ada urusan kerja luar di Penang hari Khamis dan Jumaat. Saya pun ambil kesempatan ikut sekali. Alang-alang teman, boleh jalan sekali sampai hari Sabtu. Bak kata peribahasa,
Sambil menyelam minum air
Kami gerak dari Seremban tak berapa nak awal sangat. Jam 10 lebih macam tu sebab taknak berebut jalan dengan kenderaan lain. Maklumlah, hari bekerja. Tentu jalan sesak sikit pagi-pagi.
Perjalanan lancar tapi ada tempat yang tiba-tiba sesak daaa. Ada lane yang ditutup. Masa inilah dia nak tutup jalan pun. Sabar je lah.

Kami berhenti sekali untuk isi minyak di hentian RTC Perak Rest Area. Tak ada rehat, terus gerak ke Penang sebab tak nak terlewat. Exit melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, jambatan kedua Pulau Pinang.

Langit biru tenang dan terang. Awan kepul-kepul. Cantik kejadian tapi panas bukan main-main. Utara sinonim dengan cuaca panasnya. Tambah lagi berdekatan dengan laut. Extra hot!

Dulu masa study di UiTM Penang jarang sangat ke pulau. Setakat Georgetown tu je lah kot. Sebab jauh.


Lepas exit jambatan jam 3 lebih. Encik suami hantar saya ke lobby hotel dan dia terus ke tempat urusan kerja.
bersambung...
14 تعليقات
Pi Penang jangan lupa pekena nasi kandaq :)
ردحذفHihi..tak pekena kak, saya bukan peminat nasi kandaq.
حذفjambatan kedua tak sibuk sangat..tapi, lambat sikit lah sampai...hihihi
ردحذفA'ah. Lebih tenang dan dekat dengan destinasi kami nak pergi.
حذفAkak pun dah lama x pi Penang..dulu adik bongsu kerja kat Penang ada la 2-3 kali pergi tapi x sempat explore pun
ردحذفTakpe kak, nanti set masa untuk bercuti-cuti ke Penang lama sikit. Boleh explore mana yang tak pernah jejak lagi.
حذفni yg buatkan sy x sabarrrrr nak gi penang bln depannnnnnn
ردحذفWahh ke Penang juga ye nanti. Selamat bercuti. Jangan lupa review dalam blog. hihi...
حذفSamalah kat Lumut pun panas. Kalau hujan pun sikit-sikit je. Oh, Fizah dulu uitm Penang rupanya. Tak pernah guna jambatan kedua. Dah bertahun-tahun tak ke Penang.
ردحذفLumut pun panas juga ye. Tengah musim. Tapi sekarang ada juga hujan turun, sejuk sikit. Ya, Diploma UiTM Penang. Degree di UiTM Shah Alam. hihi...
حذفAda rezeki cuti sekolah ni bolehlah ke Penang kak Nur.
Ammi kalau naik ferris wheel ok lagi, kalau roller coaster atau ship tu huhuhu mmg mengucap terus kat atas tu
ردحذفHihi..dulu zaman remaja bolehlah lagi kan. Sekarang ni kita tengok orang naik je lah.
حذفSaya 4 tahun di Penang, kenapaaaa tiap lewat jembatan selalu tertidur 🤣🤣🤣🤣🤣. Makanya tak pernah lihat jelas lah. Selalu dari suami yg kebetulan ambil videonya, atau foto. Memang saya sendiri tak pernah dpt Krn ketiduran tiap lewat 😂
ردحذفBetuuul kak, panasnya Penang tuh beda. Mungkin Krn tepi laut kan. JD lembab. Beda dengan panas KL, jakarta. Panas tapi tak lembab.
Cuma biar begitu, Krn saya lama di Penang, memang lah tetap cinta kota itu 😄. Makanya sering bolak balik ke Penang . Apalagi ada direct flight dr jakarta
Hihi...nampaknya lepas ni kena berjaga bila melalui jambatan. Nampaknya Penang dah jadi kampung kedua Fanny dah. Asal ke Malaysia harus ke Penang gitu. Ya, cuaca di utara panas sikit dekat dengan laut berbanding negeri-negeri di selatan. Tambah lagi musim cuaca panas sekarang ni. Lagilah panas.
حذف