Rak Essential Oils & Diffuser Young Living Yang Comel
Lama saya tak guna desert mist diffuser Young Living. Adalah lebih kurang 5 bulan macam tu. Bila saya nak guna masa demam batuk haritu, tiba-tiba dia OFF sendiri. Selepas dah google, saya bersihkan semua dan buat apa yang disuruh. Tetap begitu juga keadaan dia.
Lepas tu saya tanya leader saya, dia tanya saya lama tak guna ke? Ye, jawab saya. Masalah ni common kalau dah lama tak ON katanya. Oooo patutlah. Kena hantar pada yang pakar lah untuk baiki. Hmmm..kena fikir banyak kali ni.
Kalau kos baiki sama dengan kos diffuser baru, baik beli baru kan. Tunggu lah bajet ada nanti baru beli untuk renew membership. Desert mist tu saya beli tahun 2019. Mungkin juga dah sampai masanya. Dah jadi macam tu, kena rajin gunakan diffuser owl ni. Saya beli tahun 2021.
Nampak macam togel je letak begitu atas rak. So saya belilah rak untuk essential oils dan diffuser sekali. Rupa bentuk pokok ada daun dan bunga. Bunga tu tempat letak diffuser dan daun berlubang tu untuk letak essential oils.
Haa barulah nampak berseri-seri dia di situ. Nampaklah menarik sikit dekorasi di ruang tamu. Kann...Saya beli di shopee je rak ni. Ada satu lagi buaian. Tapi macam tak sesuai sebab nanti wap air tu kena kayu dia lah pula. Jadi, saya pilih yang ni je. Comel pun comel. Cantik pun cantik.
Dulu-dulu ada guna juga. Isteri yang beli.
ردحذفSekarang tak guna lagi ye? OK tak? Sebab saya punya lagi satu tu lama tak guna tengok tak function elok. Suddenly off bila guna.
حذفCantinya rak essential oil diffuser yong living tu.
ردحذفComel je kan rupa paras dia. Kena dengan diffuser owl tu.
حذفSaya punya diffuser entah lesap ke mana. Lama tak pakai dah produk living young.
حذفKena cari dan keluarkan tu kak Amie. Jangan jadi macam saya punya. Tahu tahu rosak je bila dah lama tak guna. Nasib baik ada satu lagi ni.
حذفCantik rak
ردحذفKannn..comel pun comel.
حذفHaah cantik tersusun diffuser dengan eo.
ردحذفNampak kemas sikit dan boleh jadi decoration juga kan.
حذف