Resipi ikan goreng simple terpaling mudah guna 2 bahan je, garam dan serbuk kunyit. Orang panggil ikan goreng kunyit. Ikan goreng kunyit sedap memang sedap berbanding goreng dengan garam je.

Tapi ada lagi resipi ikan goreng sedap. Terpaling sedap!

Pernah nampak ada orang kongsi resipi di facebook guna bahan tambahan, iaitu asam jawa. Jadilah resipi ikan gorng asam jawa.

Selain guna garam dan serbuk kunyit, tambah asam jawa ikan goreng jadi luar biasa sedap dia. Tak percaya? Silalah cuba dulu. Dah rasa baru tahu!

Ikan, kalau nak sedap luar garing dalam lembut kena goreng sekejap je jangan dibiarkan terlalu lama nanti isinya akan jadi sedikit keras. Goreng sampai masak tapi tak perlu lama. Nanti isinya lembut juicy rasa ikan.

Lagipun bila letak asam jawa ni kalau digoreng lama-lama, ikan cepat berubah jadi warna hitam. Dapat warna macam ni dah cantik dah pada saya. Ikan pun cepat masak bila digoreng.

resepi ikan goreng sedap

Suka makan ikan goreng dengan garam, serbuk kunyit dan asam jawa. Saya guna pes asam jawa adabi dalam bekas tu je senang. Paling best dapat ikan kembung. Wajib goreng lebih sebab tak cukup seekor. 

Ikan goreng, lawan dia sambal belacan lah! Tapi encik suami bukan pemakan sambal belacan. Kita cicah sambal gesek je lah. 

resepi ikan goreng sedap garing

Tambah lagi ada ulam-ulaman dan curah kicap atas nasi panas sikit. Uishh...menjemput selera sungguh! Ikan goreng ni kalau jenis banyak tulang kena kelar banyak banyak biar tulang dia tu garing terus kunyah senang nak makan. 

Jenis ikan tak banyak tulang, kita kelar ikut suka lah ikut saiz ikan juga. Kalau besar, banyak lah kelar dia. Ada yang kelar serong, ada yang kelar memanjang. Ikutlah nak kelar macamana. Ikut undang undang dapur sendiri.

Kalau masak dapur orang, kena tanya dulu nak kelar macamana. Bukan tak pandai masak tapi lebih menghormati undang udang masak dapur orang. Bukan begitu?