Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo bersiaran pada hari Sabtu 29 Oktober 2022, jam 9:00 malam di slot Panggung RTM TV1 dan RTMKlik. 

Telefilem ini adalah sebuah telefilem adaptasi dari dua buah cerpen karya Baharuddin Kahar iaitu 'Capa Rengat' dan 'Gulai Rawo' arahan Wan Afzan Wan Daud.

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo TV1

Nukilan skrip telemovie ini ditulis oleh Amin Masyhur dan diterbitkan oleh syarikat produksi Unit Drama TV RTM, Dewan Bahasa dan Pustaka.

PELAKON 

  • Mior Hashim Manap
  • Dewa Sapri
  • Farah Ahmad
  • Nadiya Nisaa
  • Fikhree Bakar
  • Harith Haziq
  • Adawiyah

SINOPSIS TELEFILEM CAPA RENGAT GULAI RAWO

Telefilem ini mengisahkan tentang seorang remaja dibawa pulang ke kampung oleh ibunya untuk urusan pusaka dan telah mengenali Su yang memberikan suatu pengalaman baharu dan manis untuknya. 

Berita kepulangan anak dan menantunya disambut gembira oleh seorang bapa tua menyebabkan si bapa berusaha menyediakan hidangan untuk anak dan menantunya, namun...

Apakah yang berlaku? Saksikan Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo pada 29 Oktober 2022, jam 9:00 malam di TV1.