Filem Talbis Iblis ditayangkan pada 20 Oktober 2022 di seluruh pawagam Malaysia. Talbis Iblis sebuah filem seram lakonan Sherie Merlis, Jay Iswazir, Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Daniella Sya, Amir Nafis, Izzy Reef dan ramai lagi. 

Apa maksud Talbis Iblis?

Talbis iblis maksudnya tipu daya serta perangkap yang dibuat oleh iblis untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.
Filem Talbis Iblis diarahkan oleh Kabir Bhatia, Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem bergenre seram. Menggabungkan penerbit hebat Malaysia iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.

Pada bulan April 2022 yang lalu, Filem Talbis Iblis menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali.

Karya ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.

Tengok Talbis Iblis trailer nampak macam seram betul!

filem talbis iblis

FILEM TALBIS IBLIS

Mula tayangan : Khamis, 20 Oktober 2022
Cerita asal : Ajami Hashim
Penulis skrip : Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain
Pengarah : Kabir Bhatia
Penerbit : Infinitus Gold Sdn. Bhd.
Genre : Seram

PELAKON DAN WATAK

  • Zul Ariffin sebagai Nasir
  • Azira Shafinaz sebagai Hajar
  • Nasha Aziz sebagai Junaidah (Mak Ju)
  • Amir Nafis sebagai Arshad
  • Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
  • Sherie Merlis sebagai Bomoh
  • Jay Iswazir sebagai Zaini
  • Izzy Reef sebagai Nasir Muda
  • Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
  • Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda

SINOPSIS TALBIS IBLIS

Kisah seorang gadis, Hajar (Azira Shafinaz) yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju (Nasha Aziz)  telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya di mempunyai agenda tersendiri.

LAGU TEMA (OST) FILEM TALBIS IBLIS

Lagu : Harapan Penyambung Mimpi
Penyanyi : Indah Ruhaila
Lirik : Habsah Hassan
Komposer : Heidi Moru & Lo Shi Seng