Balik dari AEON Nilai, singgah ZAcafe yang baru buka hari Ahad 27 Februari 2022. ZAcafe milik Zaquan Enterprise, siapa lagi kalau bukan captain kelab bola sepak Negeri Sembilan. ZA (Zaquan Ayu) tak lain tak bukan dari nama Zaquan Adha Ayu Raudhah lah.

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah) ZAcafe

Teringin nak makan nasi ayam geprek AR (Ayu Raudhah). Sebelum ni nak beli kena tunggu Ayu Raudhah open order baru dapat order. Kalau tidak, terkempunan lah nak makan nasi ayam geprek dia.

Last order nasi ayam geprek AR bulan Februari 2021 lepas, masa mula mula Zaquan pindah Negeri Sembilan. Lepas tu order pulak sambal gesek AR yang super pedas berapi tapi sedap tu. Tu yang buat tambah selera makan nasi ayam geprek.

Masih mengekalkan pek dan sticker yang sama masa mula mula rasa nasi ayam geprek AR. Tapi harga tak sama dah. Kena faham sekarang dah berniaga di cafe, ayam mentah pun dah naik harga. Tak heranlah naik harga. 

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah) ZAcafe

Rasa nasi ayam geprek AR maintain sedap. Portion ayam besar, rangup dan terasa rempah salutan ayam sampai ke isinya. Bekas sambal mengecil sikit dari sebelum ni dan kobis tak ada. Terlupa letak atau memang tak ada tak tahu lah.

Nasi dia banyak sungguhlah. Tapi boleh habis sebab lapar dan sedap kan. Dah ada cafe, senanglah kita nak makan kalau teringin. 

Nasi Ayam Geprek AR (Ayu Raudhah) ZAcafe

ZAcafe

Lokasi : Wisma PBNS, Medan Rahang, Seremban
Waktu operasi : Rabu - Isnin, jam 11.30 pagi -11.30 malam