Blur tiba-tiba encik suami tanya nak makan apa. Entahlah, rasa kenyang sebenarnya sebab lewat makan tengahari semalam. Rasa tak perlu makan malam pun takpe. Tapi rasa macam nak minum air laici kang. Lepas tu fikir nak makan apa yang simple je.

Selepas beberapa minit loading, barulah dapat idea nak makan bihun tomyam je lah. Tapi taknak ayam dan tak nak daging. Takut kecewa dapat daging liat atau isi ayam yang hanyir tak cukup masak. Baiklah kita request macam tu siap-siap.

Pernah je cakap tomyam seafood, sekali dia letak jugak ayam dan kadang daging. Itu yang frust tu. Lebih baik cakap taknak ayam dan daging. Senang faham terus.

bihun tomyam simple

Maka dapatlah seperti yang diminta. Tak ada ayam mahupun daging. Sotong ada lah dalam beberapa kerat. Udang pulak ada 3 ekor. Kali ni dapat kurang bawang dah kira bagus. Jenuh juga nak habiskan bawang kadang. 

Rasanya dah lama tak order tomyam. Sedaplah pulak bihun tomyam ni walaupun kuah dia tak pekat sangat dan kurang pedas. Lupa nak minta pedas. Sambil menaip kecur pulak tengok tomyam ni. Bila puasa ni semua pun nampak sedap, kan.