Bila tarikh PRN Johor 2022 sudah pun terjawab. Keputusan PRN Johor 2022 je belum terjawab lagi. Sebab belum mengundi lagi kan. Tarikh PRN Johor 2022 pada 12 Mac 2022 nanti. Boleh mengundi dari pukul 8:00 pagi sampai 6:00 petang.

PRN JOHOR 2022
sumber : Utusan


Mula mula macam berkira jugak nak balik ke tidak. Ikutkan malas. Bukan apa, risau dengan kes yang semakin meningkat, lepas tu risau jugak kalau kita ni jadi pembawa. 

Memikirkan lama tak balik kampung. Abah pulak call tanya balik mengundi ke tidak. Kita ni tak boleh nak kata tidak kalau mak abah bertanya. Okay, baliklah mengundi kejap. 1 undi tu berharga bukan. Jalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Hak memilih katanya.

Semak siap siap daftar pemilih. Walaupun bukan pertama kali mengundi. Kena semak juga. Kot lah tiba tiba tak ada dalam sistem. 

Semak daftar pemilih : https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

Masukkan nombor kad pengenalan dan juga captcha, tekan semak.

prn johor 2022 semakan

Lepas tu akan keluarlah segala maklumat kita. Tempat mengundi, waktu dan lain-lain. Mengundi tak jauh mana, sekolah depan rumah je. Jalan kaki beberapa langkah je dah sampai. Senang kerja. 

prn johor 2022 semakan

Tak tahu nak undi siapa, semak siap siap siapa calonnya eh. Kaji dulu, baru mengundi.

Semak calon PRN Johor 2022 : https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon

Undi parti apa? Undi biarlah rahsia. Tapi baru-baru ni ada pihak tertentu call, tanya kita undi parti mana. Undi parti mana bagitahu je katanya. Apooo...

Saya pun jawablah "undi rahsia, mana boleh bagitahu". Terus dia kata, takpe lah kak. 

Motip???