Panadol (nama brand) atau paracetamol (PCM) dipanggil acetaminophen di Amerika Syarikat, ubat yang wajib ada kat rumah. Tambah lagi sejak munculnya penyakit COVID-19 ni. Lepas cucuk vaksin jika ada simptom demam, terus telan panadol. Begitu juga jika ada simptom dijangkiti virus COVID-19.

Merujuk portal antarabangsa webmd.com, panadol secara amnya digunakan untuk mengubati sakit-sakit ringan sehingga sederhana seperti :
  • Sakit kepala
  • Senggugut
  • Sakit gigi
  • Sakit belakang
  • Osteoartritis
  • Selesema
  • Mengurangkan demam

Pengambilan panadol sebenarnya berbeza bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jenis-jenis panadol juga berbeza-beza bergantung kepada fungsinya.

Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya

Seorang pegawai farmasi, Amir Said melalui ciapan d akaun Twitternya tampil memberi penerangan.

Berikut beberapa jenis-jenis panadol yang dijual di pasaran, dos yang dicadangkan dan fungsi seperti yang dikongsi pegawai farmasi tersebut.

6 Jenis Panadol Dan Kegunaannya

1. Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)


Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Actifast

Fungsi sodium adalah mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil. Jadi, kesannya terasa dengan lebih cepat kerana kandungan sodium tinggi. Namun, panadol jenis itu tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Dos : 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

2. Panadol Optizorb (PCM 500mg)

Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Optizorb

PCM jenis itu mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Hasilnya, ubat akan lebih cepat hancur di dalam badan dan PCM lebih mudah dan cepat diserap. 

Kesannya dapat dirasai seawal 15 minit. PCM jenis ini tidak mempunyai sodium, jadi ia sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

3. Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)

Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Extra

PCM dan kafein digunakan untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat. Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain.

Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mempunyai kandungan kafein.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

4. Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)


Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Souble

Sesuai digunakan oleh pesakit yang sukar untuk menelan ubat jenis tablet. Caranya hanya larutkan ubat dalam satu gelas air.

Memandangkan PCM ini mempunyai kandungan sodium yang tinggi, ia tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

5. Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)

Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Menstrual


Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid. Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari

6. Panadol Extend (PCM 665mg)


Jenis-Jenis Panadol Dan Kegunaannya - Panadol Extend

PCM ini mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubatnya akan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan ia sesuai untuk pesakit kronik.

Dos: 2 biji setiap 6 hingga 8 jam 3 kali sehari

Katanya lagi, maksimum dos untuk PCM hanya 4000 miligram atau 4 gram sehari sahaja. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.
Lepas ni jangan silap ambil panadol yang betul dan bersesuaian dengan tahap kesihatan masing-masing. Panadol ni fungsi dia macam ubat tahan sakit gitu. Apa apa sakit kalau pergi klinik/hospital mesti dapat paracetamol.