Last beli shawl dari Alhumaira ni April 2021 tahun lepas. Sejak COVID-19 macam setahun sekali baru beli shawl baru. Almaklumlah jarang keluar rumah kan. Sekarang pun rancak orang berniaga untuk persiapan raya.

Semua pakat berniaga awal sebelum Ramadan. Tak kalut lah nanti bulan Ramadan dah siap persiapan raya. Fokus pada Ramadan je lah. Tahun ni persiapan raya tak pasti lagi. Sekadaran macam biasa. Tak beria sangat.

Dah rancak masing-masing promote, kita pun terikut sekali membeli. Dah berkenan, mana boleh tak beli. Menyesal nanti. Kan? Rajin pulak tu lalu lalang kat instagram. Tak boleh jadi ni, cakap dalam hati. Belilah 2 helai buat sedapkan hati.

Shawl Alhumaira

Setiap helai shawl Alhumaira dibungkus satu satu dalam kotak yang exclusive ni. Tahun lepas beli pun dapat yang sama juga.

Shawl dalam kotak akan dibungkus juga dengan kertas pembungkus dan dilekatkan sticker Alhumaira. Sangat sangat exclusive. Tag juga masih mengekal tag besi yang sama. Masih terserlah ke exclusive an tu.

Shawl Alhumaira

Tak pasti akan menjadi shawl raya ke tidak. Belum ada tema warna baju raya tahun ni. Yang pasti warna green copper tu nak pakai masa majlis kahwin anak buah bulan 5 nanti. 

Shawl Alhumaira

Dua dua ni berbeza materialnya. Dua dua best pakai. Flowy, lembut dan selesa memakai. Tak panas, breathable gitu. Senang iron dan mudah dibentuk. Tak degil!

Jenis shawl yang agak panjang juga hampir 2m, boleh diolah pelbagai gaya. Alhumaira pun banyak kongsikan tutorial shawl. Tapi saya tak pernah cuba lagi sebarang tutorial Alhumaira. Kurang sesuai dengan saya.

CAMILLE in Deep Garnet

Material : Classic Voile. 
Size : Width : 69 cm est, Length : 186 cm est

Created with high quality Classic Voile material that is soft, breathable while giving off the perfect flow for amazing drapes! Lest we forget Camille is ironless too, so all you need to do is pin and go.

BASIC PREMIUM in Green Cooper

Material : Original Korean Chiffon
Size : Width : 70 cm est, Length : 188 cm est

Exclusive and expensive “Original Korean Chiffon” to make this premium collection. This is the shawl for those who are looking for a basic shawl to wear every day but still emphasize on the premium quality. 

CARE INSTRUCTIONS

Hand wash. Machine wash is not advisable.
Wash separately.

Untuk pembelian online, boleh beli terus di website Alhumaira.