Pantai Floria atau Sisiran Floria dah dibuka untuk pengunjung mulai 1 Mac 2022 2 hari lepas. Pantai Floria, pantai buatan berpasir adalah tarikan terbaru di Putrajaya yang terletak di Tapak Floria Presint 4, Putrajaya.

Orang Putrajaya tak perlu pergi jauh untuk menikmati suasana pantai. Orang luar Putrajaya pun boleh berkunjung. Kembali meriah tapak Anjung Floria Presint 4 dengan adanya Pantai Floria ni setelah lama sendu akibat PKP.

pantai floria pantai buatan berpasir putrajaya

Pantai Floria akan menjadi satu tarikan baru dimana ada 5 aktiviti yang menarik iaitu : 
  • Pantai berpasir (sandy beach)
  • Bot kawalan jauh
  • Memancing
  • Berkhemah
  • Kayak

Tarikan terbaru projek pantai buatan ni merupakan usaha dari PPj (Perbadanan Putrajaya) untuk membaik pulih kawasan Floria dan dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan jumlah pengunjung di pusat pentadbiran kerajaan.

Minat memancing, berkayak, berkhemah, main bot kawalan jauh atau bersantai dengan keluarga, sesuai sangatlah berkunjung di Pantai Floria nan indah ni.

pantai floria pantai buatan berpasir putrajaya

Pasti meriah Pantai Floria awal-awal baru buka ni. Bakal jadi instagrammable places in Putrajaya. Nanti nanti bolehlah singgah kalau terlimpas Putrajaya. 

Lokasi Pantai Floria

Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya

sumber photos & info : surgaroute