Lagu Pelukan Angkasa dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL36 malam tadi. Tahniah untuk Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah menyampaikan lagu Pelukan Angkasa dengan baik. Padu vokal masing-masing. 

Lagu Pelukan Angkasa merupakan lagu OST KL Vampires. Siapa sangka, lagu Pelukan Angkasa berjaya menjadi Juara. Bait bait lirik pun menarik, persembahan malam Anugerah Juara Lagu ke 36 pun terbaik. Tahniah!

Lirik Lagu Pelukan Angkasa Sekumpulan Orang Gila feat. Shila Amzah
sumber : youtube

Lagu : Pelukan Angkasa
Penyanyi : SOG & Shila Amzah
Komposer : Raja Nazrin Shah
Lirik : Fazleena Hishamuddin

Lirik Lagu Pelukan Angkasa ( Sekumpulan Orang Gila - feat. Shila Amzah)

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap

Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa, dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa?

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Video persembahan Sekumpulan Orang Gila (SOG) feat. Shila Amzah AJL36