Tekak meminta minta nak kuih badak berendam. Sehari sebelum tu kemain teringin sangat makan. Sebab puasa kan, mulalah nak makan itu ini. Tak ada rezeki sebab kedai dah tutup. Maknanya jualan kuih muih dah habis lah tu.

Kalau lambat memang kempunan lah. Esoknya tu, pesan kat suami pergi awal nanti kempunan lagi nak makan kuih badak berendam. Alhamdulillah, rezeki dapat juga kuih badak berendam. Minta suami beli 6 biji kuih badak berendam, sekali dia bawa balik 7 biji semuanya.

Katanya beli 6, ada tinggal satu lagi. Jadi dia belilah sekali 1 yang tinggal tu. Borong terus habis. Kira rezeki jugak tu dah hujung hujung tinggal stok kuih badak berendam. Cuba kalau lambat pergi, kempunan sekali lagilah. Menangis bucu katil. Ke masuk gua batu belah batu bertangkup.

Kuih Badak Berendam

Walaupun rupamu tak berapa nak halus mulus licin, tapi kesedapanmu tetap menjadi pujaan hatiku. Rasa kuih badak berendam makcik ni maintain sedap sama macam pertama kali beli kuih badak berendam tahun lepas.

Harga pun maintain lagi, sebiji 50 sen. Berbaloi sebab sedap dan saiznya besar. Gemok gemok badak ni. Kuah santannya pun pekat dan berasa lemak manis santan.

Kuih Badak Berendam

Yang paling best tu, inti dia padat. Bukan tepung yang menebal. Semasa menulis ni pun terasa rasa nak makan lagi. Tahu je cara buat kuih badak berendam ni. Boleh je ikut mana mana resipi kuih badak berendam dalam internet.

Tapi itulah, tak pakar nak membuat kuih tradisional ni. Nak cari santan segar pun payah. Santan kotak mana sedap sangat kan. Jadi, kita serahkan pada yang pakar je lah. Kita tahu beli je.

Kuih Badak Berendam

Beli di Jalan persiaran desa rhu 1, makcik tu berniaga depan rumah je. Ada banner kedainya, tapi lupa namanya. Nanti dah tahu saya update ye.