Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022. BKM 2022 Fasa I akan diagihkan kepada para penerima pada bulan Mac 2022 nanti.

Permohonan, Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Permohonan baru BKM 2022

Pemohon yang tidak mempunyai data di dalam LHDN, bolehlah membuat permohonan bermula 1 Januari 2022 di laman web https://bkm.hasil.gov.my . Tempoh permohonan dibuka selama sebulan bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. 

Semakan BKM 2022

Semakan BKM 2022 juga boleh disemak pada laman web yang sama untuk mengetahui status permohonan BKM 2022.

Kemaskini BKM 2022

Untuk penerima BPR sebelum ini, perlu membuat kemaskini BKM 2022


Tarikh Pembayaran BKM 2022

Pembayaran BKM 2022 akan dibuat sebanyak 4 kali dalam setahun. Pembayaran pertama (Fasa I) akan diagihkan kepada lebih 9.6 juta penerima pada bulan Mac 2022.

Jumlah Bayaran BKM 2022

B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500

Tiada anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3 anak : RM2,000

B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850

Tiada anak : RM400
1-2 anak : RM600
3 anak : RM800

M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)

Tiada anak : RM400
1-2 anak : RM600
3 anak : RM800

Ibu/Bapa Tunggal (IBT)

RM500

Warga Emas Isi Rumah

RM300

Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500

Bayaran secara one off RM350