Susah hati tau kalau ada kesan kotoran kat bilik air tak nak menghilang. Puaslah beli stain remover, gosok dengan berus dawailah, guna pencuci kilatkan lah. Tak hilang jugak!

Ada tengok kat instagram, katanya berkesan guna magiclean Stain & Mold ni. No more scrubbing katanya. Alang alang keluar beli barang kat Mr. DIY, ternampak kat rak magiclean stain and mold ni. Cepat cepat ambil masuk bakul. Tak sabar nak cuba balik rumah nanti.

magiclean stain and mold remover

Sebelum guna, sila baca dulu caution dia. Seram pulak nak guna bila baca. Sangat sangat bahaya ye benda ni, chemical dia kuat. Bau dia pun kuat macam bau clorox. 

magiclean stain and mold remover

Dengan penuh berhati hati saya pun cubalah spray di kawasan yang kotor ada mold tu. Saya biarkan tanpa menggosok. Lepas beberapa minit yang disarankan tu saya bilas dengan air. Wahhhhh..kagum hilang serta merta. Memang tak payah nak gosok bagai.

Punyalah teruja tengok magic tu, saya spray di mana mana kawasan ada mold degil yang susah nak hilang. Hilang! Betullah bagai dikata, kesan bertahun tahun pun boleh hilang guna magic clean ni. Tak ada gambar sebelum dan selepas teruja punya pasal tak sempat ambil gambar.

Cubalah sendiri dan tengok magisnya. Hampir habis saya guna, nak beli lagi. Tapi beli yang refill lah. Senang ada jual refill tak perlulah nak beli sebotol dengan spray lagi kannn...Menang membeli menang memakai. Mold jugak yang kalah.