Ada panggilan dari unknown. Nak angkat ke tak eh? Dalam hati fikir mungkin courier kot sebab ada beli barang. Angkat je lah. Memang betul pun courier yang call. Dia nak confirmkan alamat sebab tulisan jalan pada consignment note tu tak berapa jelas.

Bila dah confirmkan alamat, tahu-tahu dia dah letak dalam peti surat tu. Entah bila dia letak pun tak tahu lah. 

Tengok tengok bukan barang yang saya beli. Tapi pemberian hadiah dari kak Adda a.k.a mamapipie sempena jadi top commentator tahun 2021 blog mamapipie. Tak sangka pulak terselit rezeki jugak dapat no.9 dengan 88 komen.


hadiah top komentator blog mamapipie

Macam-macam yang saya dapat, antaranya :

  • Mouse pad
  • Mini cosmetic bag
  • Mini personal notebook
  • Book mark calendar 2022
  • nota dari mamapipie
Macam tahu-tahu je saya nak tukar mouse pad baru. Tepat pada masanya dapat mouse pad baru. Mini cosmetic bag tu bolehlah kita letak barang makeup dalam beg travel telekung. Notebook comel simpan dulu dan guna bila diperlukan.

Book mark calendar 2022 boleh selit dalam planner. Terima kasih mamapipie untuk semua hadiah yang dikirimkan. Saya suka saya suka.

Semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia dengan segala keberkatan.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ