Roti Gardenia quick bites gold ada dua perisa baru iaitu karamel masin dan black forest. Karamel masin dah cuba, bila nampak black forest di rak terus beli. Benda viral dan baru ni jenis cepat habis. Sebelum menyesal tak beli, baiklah ambil cepat.

Beli 2 pek terus sorang satu. Kalau sedap tak cukup pulak kongsi berdua. Kannn...

gardenia quick bites black forest

Masih mengekalkan roti perisa coklat sama seperti karamel masin tapi ada beberapa kismis pada adunan roti. Intinya berwarna ungu lembut berperisa black forest. Gabungan roti coklat dan inti black forest yang sedap.

Inti black forest yang tak terlalu manis okaylah. Bolehlah repeat membeli kalau ada buat stok lapar lapar kat rumah.

quick bites gold black forest review

Sesekali bolehlah membeli buat stok. Harga roti gardenia quick bites bukan harga sen sen macam dulu dulu. Lagilah dah berperisa macam macam sekarang. Harga pun dah RM1 lebih kan.