Zombie Jarum Vaksin, tajuk telefilem zombie Malaysia Astro Citra seram sabtu 2021 minggu ini. Telefilem Zombie Jarum Vaksin lakonan Farid Kamil bergandingan dengan Jue Aziz bersiaran sabtu ini, 11 Disember 2021 jam 9:00 di saluran 108 Astro Citra.

Sebelum ni Saka MySejahtera, minggu ni Zombie Jarum Vaksin. Boleh relate dengan keadaan sekarang.

telefilem zombie jarum vaksin astro citra

TELEFILEM ZOMBIE JARUM VAKSIN

Waktu siaran : Sabtu, 11 Disember 2021, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra (CH108)
Penulis Skrip : Siti Aisyah
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zaharie Production

SINOPSIS ZOMBIE JARUM VAKSIN

Nisa sangat tertekan dengan tunangnya Farid yang menolak pengambilan vaksin kerana dia sering didatangi mimpi buruk mengenainya. Perkara ini telah melambatkan proses pernikahan mereka.

Keluarga Nisa tidak benarkan mereka berkahwin selagi Farid tidak divaksin. Berlaku pergaduhan antara mereka. Nisa tetap ingin tahu apakah sebabnya Farid tidak mahu divaksin.

PELAKON ZOMBIE JARUM VAKSIN

  • Farid Kamil
  • Jue Aziz
  • Mustaqim Bahadon
  • Arie Zaharie
  • Mak Wan Latah
  • Kamsani Ismail
  • Syazwani Bakri
  • Kamsiah Ali