Sejak habis PKP, semakin rancak kenduri kahwin sana sini. Tapi majlis tetap diadakan secara sederhana mengikut SOP yang ditetapkan. Biasa bulan Disember ni meriah dengan kenduri kahwin sebab dah bermula cuti sekolah.

Ada cuti sekolah, ada lah kenduri. Itu dulu. Sejak COVID-19 duduk sekali dengan kita, cuti sekolah entah kemana, nak ramai ramai pun tak boleh. Yang terpaksa tangguh kahwin pun ada. Kenalah merancang semula pilih tarikh cantik tahun 2022.

Angka tahun 2022 pun dah cukup cantik dah, kan? Ada yang tengah cari tarikh cantik kahwin 2022, tarikh cantik untuk nikah 2022, tarikh cantik bertunang 2022, bolehlah pilih antara tarikh cantik tahun 2022 nanti.

Biasa tarikh cantik cepat kena sambar terutamanya nak booking dewan, katering, mak andam dan macam-macam urusan lagi.

Rindu pulak nak pergi kenduri kahwin. Lepas PKP belum ada rezeki lagi merasa nasi minyak. 

Tengok gambar bunga manggar hasil buatan saya masa majlis kahwin saya, perasan juga zaman sekarang dah jarang nampak bunga manggar. 

jom baca : fungsi bunga manggar | DIY bunga manggar

Tarikh Cantik Tahun 2022

Tarikh Cantik Tahun 2022

JANUARI 

1.1.22 (Sabtu - Cuti Sekolah)
2.1.22 (Ahad - Cuti Sekolah)
22.1.22 (Sabtu)

FEBRUARI

2.2.22 (Rabu - Tahun Baru Cina)
20.2.22 (Ahad)

MAC

13.3.22 (Ahad - Cuti Sekolah)

APRIL

2.4.22 (Sabtu)
24.4.22 (Ahad - Ramadhan)

MEI 

2.5.22 (Isnin - Akhir Ramadhan & Cuti Ganti Hari Buruh)
22.5.22 (Ahad)

JUN

6.6.22 (Isnin - Keputeraan Agong)
26.6.22 (Ahad)

JULAI

2.7.22 (Sabtu)
22.7.22 (Jumaat)

OGOS

20.8.22 (Sabtu)
28.8.22 (Ahad)

SEPTEMBER

2.9.22 (Jumaat)
16.9.22 (Jumaat-Hari Malaysia)

OKTOBER

2.10.22 (Ahad)
22.10.22 (Sabtu)

NOVEMBER

11.11.22 (Jumaat)
20.11.22(Ahad - Cuti Sekolah)

DISEMBER

2.12.22 (Jumaat-Cuti Sekolah)