Semalam dah kongsi cara remove background gambar. Harini saya nak kongsi cara hilangkan objek dalam gambar online pula. Sangat berguna cara ni terutamanya dalam gambar produk makanan. Contohnya kita boleh buang atau hilangkan lebihan kuah di tepi mangkuk/pinggan tak nak bagi nampak comot macam tu.

Salah satu cara nak hilangkan photobomb juga atau cara buang tulisan dalam gambar yang kita tak nak. Tapi tak semua gambar nampak sempurna kehilangan tu. Bergantung pada gambar dan juga kemasan brush yang kita buat.

Cara hilangkan objek dalam gambar online

1. Pergi ke website https://cleanup.pictures/

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture


2. Click here or drag and image file. Tunggu sekejap, file yang diupload akan muncul.

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture
3. Pilih saiz brush yang sesuai dengan objek yang ingin dipadam. Brush seluruh objek.

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture
4. Tunggu sekejap dan tadaaaa..hilang sudah kesan sos pada pinggan. 

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture

5. Last sekali tekan download. Siap!

Beza? Memang berbeza!

Cara hilangkan objek dalam gambar online cleanup picture

Mudah sangat, kan? Percuma je tanpa perlu install aplikasi pun. Tapi nak kualiti dalam HD kena bayarlah. 

Kalau ada snapseed dan picsart dalam handphone, boleh guna applikasi je terus.  
  • cara menghilangkan objek di snapseed : gunakan tools 'healing'
  • cara menghilangkan objek di picsart : gunakan tools 'remove'