Tenggelam timbul pulak entry 2 3 hari ni. Mood mendung macam cuaca jugak. Seiring bersama-sama. Well, tak ada cerita sangat sebab sibuk siapkan kerja design dan juga photoshoot produk. Rasa tak cukup otak nak guna.

Alhamdulillah settle kerja photoshoot lepas penat bergaduh dengan cahaya yang kejap ada kejap tak ada. Design pun dapat settlekan siap-siap sebab kononnya plan nak balik kampung harini. Tapi rasa macam esok pulak baru boleh balik. 

Alang-alang mengemas rumah, tengok pothos macam tak terurus dah. Kasi potong itu pothos lah dulu. 

Indoor plants golden pothos
Sebelum dipotong

Dia punya keserabutan tu tak tahu dah nak sangkut kat mana. Haritu macam sayang nak potong. Akar bawah bawah tu panjang betul dah. 

Indoor plants golden pothos
selepas dipotong

Selepas dipotong rasa lapang sikit. Nampak tak kelamnya cuaca tu, dinding pun nampak kelabu. Kalau cerah, terang benderang ruang ni. 

Pothos yang panjang tu saya potong pendek pendek mana yang ada akar untuk cucuk semula di ruang kosong dalam pasu. 

pothos propagation

Cara propagate pothos in water, dah potong dengan akar tu masukkan je dalam bekas dan isikan air. Mudah je.

Cara propagate pothos in water


N'joy pothos pun cantik, letak dalam bekas kaca dan letak leca balls.

Cara propagate n'joy pothos in water

Daun yang rosak saya buang. Okay settle satu kerja. Operasi mengemas ruang lain dan barang-barang yang nak di packing.