Suamiku Lelaki Pendosa, sebuah drama baru di TV3 lakonan Aaron Aziz dan Sophia Barakbah. Drama lelaki pendosa adalah adaptasi dari novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah.

suamiku lelaki pendosa tv3 full episode

DRAMA SUAMIKU LELAKI PENDOSA

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 9 Februari 2022
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd

SINOPSIS SUAMIKU LELAKI PENDOSA

Kisah tentang Dean Ilyas yang nampak sempurna dari segala sudut akan tetapi dia rupanya cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba untuk berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.

Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.

Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.

Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?

sumber : https://www.goodreads.com/book/show/54479535-imamku-lelaki-pendosa

PELAKON SUAMIKU LELAKI PENDOSA

  • Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas

  • Sophia AlBarakbah sebagai Cahaya Malaika
  • Shima Anuar sebagai Anggun Dania
  • Gambit Saifullah sebagai Izfairin
  • Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
  • Maria Farida sebagai Datin Junaidah
  • Aleza Shadan sebagai Wahidah
  • Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
  • Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
  • Faez Malek sebagai Jerry
  • Fiza Thomas sebagai Maya
  • Kael sebagai Nik Safri
  • Annie Mosha sebagai Balqis
  • Anne Abdullah
  • Ungku Hariz
  • Annie Mosha
  • Faez Malek
  • Ieda Moin
  • Betty Banafee
  • Auni Zahra