Jalan jalan membeli barang di Econsave, nampak pulak kenk wooden stacks ala jengga ni. Lama dah mencari wooden stacks ni tapi tak jumpa di Mr DIY.

Lepas tu macam tak tahu pulak kan kat shopee macam macam ada. Boleh pulak tak cari kat shopee. Dah jumpa tu terus membeli. Keno wooden stakes price belas belas ringgit. Tak ingat pulak.

keno wooden stacks pcs review

Saja cari permainan dikala bosan melanda. Boleh jugak bawa balik kampung main ramai ramai bila semua ada balik. Ada jugak aktiviti permainan santai santai. Mencabar minda jugak ni. Berdebar sungguh kalau dah hampir tak stable tu.

Kalau main dengan budak kecik, memang habis lah kena buli. Kannn…Silap silap kita je yang asyik menang. Hahaha...

Keno wooden stakes Malaysia ni kosong je kayu dia. Takde bercop bagai macam jengga. Lepas dah membeli baru nak check kat shopee. Ada banyak pilihan wooden stacks. Yang kayu warna warni pun ada.

Harga pulak ada murah ada mahal. Pilih je mana berkenan kat shopee tu. 

Saya beli wooden stacks 48pcs. Itu je satu satu jenama dan jenis yang ada. Tak tahu lah kot ada kuantiti pcs yang lain.

keno wooden stakes malaysia

Kayu dia jenis ringan dan licin tak ada selumbar. Tapi kalau bersepah, bila terpijak, sakit jugak tapak kaki tu kan. Pandai main, pandailah simpan ye.