28 Hari Mencari Cinta, sebuah drama bersiri terbaru menampilkan gandingan pelakon Aiman Hakim dan Hannah Delisha. Drama 28 hari mencari cinta episod 1 mula bersiaran pada 23 Disember 2021, Rabu-Sabtu jam 9:00 malam di slot Lestary TV3.

Drama 28 Hari Mencari Cinta TV3

DRAMA 28 HARI MENCARI CINTA

Jumlah episod : Akan dikemaskini
Mula siaran : 23 Disember 2021
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Pengarah : Ken Kin
Produksi : Orangetree Production

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Faisal
  • Hannah Delisha sebagai Saleha
  • Ameerul Asyraf sebagai Daniel
  • Elly Arifin sebagai Airin
  • Muaz Fitri sebagai Nasir
  • Khaty Azian sebagai Asmira
  • Aleza Shadan sebagai Puan Maria
  • Roy Azman

SINOPSIS 28 HARI MENCARI CINTA

Faisal (Aiman Hakim Ridza) tetap menanti Saleha 9Hannah Delisha) setiap tahun walaupun Saleha sudah menjadi tunangan orang lain. Faisal percaya takdir akan menyatukan cinta mereka kembali.

Saleha bagi tempoh 28 hari pada Faisal untuk mencari kesilapannya, ianya juga punca percintaan mereka terputus satu masa dulu.

Faisal resah memikirkan kesilapannya. Nasir (Muaz Fitri ) bantu Faisal dengan bersoal jawab agar Faisal mampu ingat semula salah silap pernah Faisal lakukan pada Saleha.