Rasa nak minum kopi, lalu mencari lah di facebook. Nampak Kopi Hainan Kuala Pilah tu macam menarik je. Tapi sayang gerai kopi hainan tu bukak pukul 12 tengahari. Semalam kebetulan pergi Econsave beli barang lebih kurang dekat pukul 12, tengok gerai dah bukak dapatlah membeli dan merasa.

Gerai Kopi Hainan Kuala Pilah ni sebelah santak burger berdekatan dengan Econsave Kuala Pilah. Masa nak keluar lalu jalan situ sajalah tengok kot dah bukak. Tengok dah bukak, terus park dan encik suami pergi membeli.



Harga kopi hainan masih lagi di paras mampu milik. Tapi sesekali je lah. Kalau hari hari tak mampu jugak. Beli Signature Premium RM9. Pekat memikat betul lah. Tengok dari rupa pun dah dah rasa pekat dia macamana kan. 

Signature Premium Kopi Hainan

  • Hainan Coffee bean
  • Whipped cream
  • Caramel & Choc Hersheys
Sebelum dikacau, rasa dia macam kopi susu klasik. Selepas dikacau dengan semuanya macam rasa mocha sebab ada Caramel & Choc Hersheys cream dan whipped tu. Selain tu ada taburan biskut orea jugak. Sedap! Manis tapi tak terlalu manis.

Sejarah Kopi Hainan

Ditubuhkan pada tahun 2020. Dihasilkan menggunakan air bertapis dan berkualiti tinggi, bersih lagi meyakinkan dalam pembuatan kopi. Hanya menggunakan Biji Kopi premium yang terbaik dalam pembuatan minuman. Kualiti setanding Kopi Antarabangsa.

Awal tahun 2021, Kopi Hainan memperkenalkan pakej perniagaan air balang Kopi Hainan dengan harga yang rendah.

Francais kopi hainan ni ada banyak :
  • kopi hainan penang
  • kopi hainan melaka
  • kopi hainan bangi
  • kopi hainan muar
  • kopi hainan jb
  • kopi hainan shah alam
  • kopi hainan cyberjaya
  • kopi hainan batu pahat
atau boleh check di kopi hainan hq. Ini Kopi Hainan Kuala Pilah. Gambar kurang cantik sebab saya ambil dari dalam kereta je. 

Kopi Hainan Kuala Pilah