Dalam hari yang sama dapat bungkusan hadiah berupa beg, dapat juga sepucuk sampul surat berwarna putih dalam peti pos. Dah boleh agak pengirimnya daripada siapa. Macam dah tahu juga apa isi dalamnya sebab nampak blogger update dapat hadiah yang sama.

Bukan lagi rahsia tapi tetap teruja terima sampul yang berisi hadiah. Tak kisah lah hadiah apa sekalipun tetap tak sabar nak bukak.

Pengirimnya tak lain tak bukan blogger Shida Radzuan. Hadiahnya berupa  face mask Jovian Fazbulous dan sheet mask BioAqua cahnsai vitamin C. Dah boleh buat koleksi face mask hadiah dari Shida dah ni. Sebelum ni dapat face mask Jovian 3-ply monogram black

Kali ni dapat face mask 3-ply Jovian Fazbulous lah pulak. Bolehlah cantik bergaya macam Fazura, kannn...Pakai face mask pun lawa. Dapat pulak tu sheet mask BioAqua Cahnsaai Vitamin C. Boleh jugak menambah seri kulit muka ni. 

Face Mask Jovian Fazbulous dan Sheet Mask BioAqua Cahnsai Vitamin C

Boleh Agak Shida ni peminat setia pembeli face mask Jovian. Banyak koleksi face mask Jovian yang Shida ada. Terima kasih Shida kirimkan hadiahnya sempena jadi salah seorang geng kuat komen bulan Julai, Ogos dan September blog Shida.

Semoga bertambah tambah rezeki Shida dengan segala keberkatan dan berpanjangan..Aaaminnn...

Yang belum singgah blog Shida lagi, ayuh! Alang-alang singgah kita tinggalkan komen sebaris dua.