Pernah dengar makan buah tembikai anak cantik nanti? Baru terbaca masa nak cari maklumat tentang buah tembikai ni. Ada rezeki peluang mengandung, kena makan buah tembikai lah macam ni. 
[tem.bi.kai] | تمبيکاي

Definisi : sejenis tumbuhan (herba memanjat dan buah), betika, semangka, timun cina, Citrullus vulgaris; kemendikai, mendelikai, men­dikai.
kredit : (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Buah tembikai bukan sekadar buah yang sedap, kebaikan buah tembikai untuk kulit memang bagus. Buah tembikai membantu melancarkan sistem percernaan dalam usus kecil yang mempengaruhi keadaan kulit. 

Masalah pigmentasi kulit dapat dikurangkan dengan mengamalkan makan tembikai dengan lebih kerap. Kandungan air dalam tembikai juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Begitulah bunyinya. Tapi makan banyak banyak tak elok juga ye tak? Asyik nak ke toilet je kerjanya.

Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil yang mana ia mempengaruhi keadaan kulit. Masalah pigmentasi dapat dikurangkan dengan memakan tembikai lebih kerap.


Sedap dapat buah tembikai manis. Potong potong letak dalam peti ais. Sedap di makan sejuk-sejuk. Ada juga yang suka makan tembikai ditaburi serbuk asam. Tapi jadi tak sihat lah makan macam tu.

gambar buah tembikai


Buah Tembikai Untuk Diet

Ye, walaupun buah tembikai tu rasa dia manis tapi khasiat buah tembikai ada banyak khasiat dia. Manis tapi masih lagi tersenarai dalam makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan antioksidan. Kalori buah tembikai, 100 gram bersamaan 30 kalori.

Sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan dan dalam masa yang sama nak makan makanan yang manis. Boleh dijadikan snek atau jus minuman.

Khasiat buah tembikai untuk ibu mengandung

  • Menjaga kesihatan jantung
  • Kaya dengan antioksidan dan vitamin A
  • Melancarkan penghadaman
  • Menyokong pembentukan tulang bayi
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mengurangkan pembengkakan
  • Mencegah pigmentasi
  • Mengelakkan kejang otot
  • Mengatasi masalah morning sickness
  • Mengelakkan dehidrasi
  • Menyingkirkan lemak

Singkirkan lemak tu nampak bagus. Buah tembikai dikatakan bantu menyingkirkan lemak dalam badan kerana tembikai mengandungi citruline. Singkirkan dan kurangkan lemak. Bukan makan tembikai terus kurus. Dari segi pemakanan eloklah amalkan kalau untuk diet.

Lepas tu kena seiring dengan senaman juga.