Drama LOVE, ELSA adaptasi novel penulisan Acik Lana gandingan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad akan bersiaran di slot MegaDrama astro Ria. Drama arahan Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd.

Saksikan Drama Love, Elsa akan datang.

Drama Love, Elsa Astro Ria

DRAMA LOVE, ELSA

Jumlah episod : 24
Mula tayangan : 2021
Waktu tayangan : Akan dikemaskini
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Penulis Novel : Acik Lana
Penulis skrip : Nadia Khan, Mamu Vies
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
  • Uyaina Arshad sebagai Ammara
  • Zeera Azizi sebagai Sofea
  • Mona Allen sebagai Madam Qistina
  • Nasz Sally sebagai Habsah
  • Iman Suhana sebagai Hamidah
  • Azhar Amir
  • Ramona Zamzam
  • Riz Amin
  • Ikhram Juhari
  • Nik Adam Mika
  • Ku Fridah
  • Zalfazin

SINOPSIS LOVE, ELSA

Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara kembali pada zaman silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan tersebut.

Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim.

Kemudian cinta pun mula berputik.