Movie Survival Family, boleh masuk dalam senarai movie wajib tonton masa PKP ni. Survival family Japan full movie, movie tahun 2017 yang mampu membuatkan penonton celik mata sikit dengan keadaan yang berlaku sekarang. Beringat dan belajar bersyukur.

Survival family diarahkan oleh Shinobu Yaguchi dan dibintangi oleh Fumiyo Kohinata,
Eri Fukatsu, Yuki Izumisawa, Wakana Aoi dan ramai lagi.

Movie Survival Family (2017)
sumber : google


MOVIE SURVIVAL FAMILY

Romaji: Sabaibaru Famiri (サバイバルファミリー)
Pengarah : Shinobu Yaguchi
Pembantu pengarah : Shozo Katashima
Penulis Skrip : Shinobu Yaguchi
Produser: Hidehiro Ogawa, Takao Tsuchimoto, Shintaro Horikawa
Cinematographer: Yoshihito Kasai
Release Date: February 11, 2017
Durasi: 117 min.
Genre : Comedy / Sci-Fi
Pengedar : Toho

Survival Family Cast/ Pelakon Survival Family

Pelakon Utama

  • Fumiyo Kohinata sebagai Yoshiyuki Suzuki
  • Eri Fukatsu sebagai Mitsue Suzuki
  • Yuki Izumisawa sebagai Kenji Suzuki
  • Wakana Aoi sebagai Yui Suzuki

Pelakon Pembantu

  • Saburo Tokito sebagai Toshio Saito
  • Norika Fujiwarasebagai  Shizuko Saito 
  • Takuro Ohno sebagai Ryosuke Saito 
  • Jun Shison sebagai Shohei Saito
  • Shin Takuma sebagai Ryozo Takahashi 
  • Eri Watanabesebagai  Tomiko Furuta 
  • Akira Emoto sebagai Shigeomi Sasaki 
  • Yasuo Daichi sebagai Zennichi Tanaka

Pelakon Tambahan

  • Daikichi Sugawara
  • Yu Tokui
  • Yoshiyuki Morishita
  • Yoji Tanaka
  • Masashi Arifuku
  • Tokie Hidari
  • Mickey Curtis
  • Haruka Uchimura
  • Jakujaku Katsura

Survival Family Synopsis/ Sinopsis Survival Family

Menceritakan kisah kehidupan sebuah keluarga yang terlalu bergantung dengan alatan serba moden. Dimana anak-anak sibuk dengan telefon bimbit, ayah sibuk bekerja manakala ibu hanya boleh masak dengan menggunakan kaedah moden.

Satu hari, satu misteri telah berlaku. Seluruh bandar Tokyo dikejutkan dengan ketiadaan bekalan elektrik. Kehidupan mereka sekeluarga terus berubah bila mereka bangun pagi pada hari tersebut.

Mereka menyangkakan kejadian tu berlaku hanya sehari, rupanya makin lama makin teruk. Semua aktiviti mereka yang menggunakan elektrik tergendala.

Bayangkan satu Tokyo tak ada elektrik! Beli barang kat mall pun cashier kira guna sempoa. Keluarga ni nekad untuk keluar dari Tokyo untuk pulang ke kampung halaman mereka. 

Mereka hanya berbasikal dan memakan masa berbulan-bulan untuk sampai ke kampung disebabkan jaraknya yang jauh. Tambah lagi mereka berbasikal.

Bermacam-macam halangan yang mereka tempuh! Dalam masa ini, segala kekayaan tak menjamin kebahagiaan. Orang kaya sanggup tukar kereta mewah dengan beras. Makanan adalah keutamaan dan jual beli sistem barter je yang laku. 

Persoalannya, apakah punca dan misteri yang membuatkan tiada bekalan elektrik?