Alang alang husband dah ke Baker's Cottage, sempat kirim beli egg tart antara baker's cottage cake menu yang sedap. Sebenarnya teringin nak makan cheese tart cerita dia. 

Entah kenapa laju je mulut ni cakap egg tart. Sel sel otak tak berhubung agaknya masa tu. Tercakap egg tart pulak. Otak tak seiring dengan percakapan tu lah dia.

Husband dengan yakinnya beli egg tart lah bila dah pesan egg tart. Sekali balik rumah isteri buka kotak, "eh, kenapa egg tart dia lain?" Bukan tadi nak egg tart ke? husband tanya semula.

Ehhhh.. dia main eh eh eh zizi kirana pulak.

Isteri : Nak yang shell tart tu. 
Suami : Itu cheese tart bukan egg tart. 

Hahahahaha...Hanya mampu gelakkan diri sendiri. 

Baker's cottage ada 2 jenis menu tart iaitu Macau Egg Tart dan Blueberry cheese tart. Dua dua pun sedap. So tak kisah sangat lah tersalah beli cuma teringin cheese tu lah. 

Ada rezeki lebih, next time lah beli. Pujuk hati sendiri.

Macau Egg Tart Baker's Cottage

Macau Egg Tart promotion harga 4pcs RM8.90. 8pcs RM15.90. Satu biji egg tart RM2.85. Lapisan kulit tart menggunakan pastri lapis @puff pastry. Rapuh dan nipis. Berterabur makan tu. Sumpah sedap!

Macau Egg Tart Baker's Cottage

Macau Egg Tart Improved Recipe

  • Higher egg yolk content
  • Silkier, smoother texture
  • Richer premium cream
  • Less Sugar
Benar seperti yang dikatakan. tekstur halus, egg yolk dan krim sedap. Rasa pun kurang manis semestinya. Isi padat, tu yang best.  So sedap!