Macam lama jugalah tak buat tempe goreng salut tepung yang rangup di luar lembut di dalam. Kebetulan ada tempe homemade organik non-gmo yang sedap tu, jomlah kita buat tempe goreng buat minum petang.

Saya potong tempe tak nipis sangat. Nanti rangup sangat susah saya nak makan dengan pakai braces ni. Jadi potong tebal sikit dan baru dapat rasa lembut isi tempe juga. Dapat pula tempe organik dan segar ni. Sedap tak tahu nak habaq laaa...

Saya suka buat tempe goreng bawang putih bersama kawan-kawannya biji ketumbar dan jintan manis. Tumbuk bahan-bahan tu baru diadun bersama tepung gandum, secubit soda bikarbonat, serbuk kunyit dan garam sikit. Bancuh dengan air tak cair dan tak pekat sangat.
Saya pernah update resipi tempe goreng versi ni. Boleh rujuk semula entry tu untuk lebih jelas. Tapi kali ni tak ada jintan manis pula. Ada bawang putih dan biji ketumbar saja pun dah cukup sedap juga.
Jangan lupa si sambal kicap. Wajib ada! Tak ada sambal kicap, saya pun tak lalu makan. Dah macam iklan kicap jalen. Nasib baik stok sambal kicap ada lagi dalam kulkas. Tak payah dah buat sambal kicap. Cedok je dari bekas.
Saya potong tempe tak nipis sangat. Nanti rangup sangat susah saya nak makan dengan pakai braces ni. Jadi potong tebal sikit dan baru dapat rasa lembut isi tempe juga. Dapat pula tempe organik dan segar ni. Sedap tak tahu nak habaq laaa...
34 تعليقات
Makan gitu je pun sedapkan Fiza... Cicah dgn sambal kicap ni mmg ngam teroks :)
ردحذفBetul! Sambal kicap tu wajib ada baru sedap. hihi...
حذفBubuh ketumbar jintan dan vawang putih tu yang buat harum aroma tempe goreng. Sedapnya makan, kalau tergigit ketumbar dan jintan yang masih kasar, tambahlah enaknya
ردحذفBetul tu kak Amie. Saya suka tempe campur bahan-bahan ni, sedap. Tambah pula rangup diluar dan dalamnya lembut.
حذفtak pernah makan tempe goreng cicah sambal kicap, tapi nampak sedap.. memang bukan budaya tempat saya agaknya hehe👍
ردحذفBoleh cuba nanti. Gerenti sedap. Di Johor memang dah biasa dengan sambal kicapnya.
حذفMungkinlah tu bukan budaya, jadi kita kurang biasa.
Saya tak berapa makan tempe tapi kalau versi goreng rangup2 panas2 gitu, rasa mcm terliur la plakkk
ردحذفOhh..suka makan jenis lain ye. Nanti boleh cuba versi ni cicah sambal kicap.
حذفmakan mcm tu je dah sedap kan
ردحذفBetul, sebab dia segar baru matang.
حذفUncle ni kalau tempe... boleh ratah cam tu je... takyah cicah2...
ردحذفKalau dah sedap, tak kisah tak ada sambal kicap kan uncle. Uncle bukan orang Jawa kan.
حذفya ampun... saya penggila tempe! jadi lapar pulak baca ni pukul 11 malam.
ردحذفtempe digoreng ngan bawang putih ni pernah tengok resipi dari khairulaming
Alamak, silap timing pulak datang sini.
حذفSedap campur bawang putih ni, apatah lagi ditumbuk. Sedap! Nanti cubalah buat.
Kalau di sini tempe goreng makan sambil gigit cabe rawit kak, atau Cili padi yg pedaaas 😂😂😂. Udah kebiasaan orang sini kalo makan gorengan , pasti pakai cabe rawit. Sampai Macam2 cara gigitnya.
ردحذفAda yg gigit cabe dulu, baru gorengan, atau gorengan dulu baru cabe hahahaha 😅😅
Cabai mentah tu ye? Uishhh tak sakit perut pulak makan mentah dan pedas-pedas. Kalau macam tu betul-betul core pedasnya Fanny.
حذفArghh fav sangat ni. Kalau balik segamat wajib kami ke kg jawab mencari Tempe goreng. Pastu cam tak puas makan tiap minggu buat sendiri sampai jemu
ردحذفKg Jawa eh? Ada satu lagi dekat Bukit Siput kan, kedai legend juga tu. Buat sendiri lagi best boleh makan banyak sikit kan. hihi...
حذفkalau yg nipis dan rangup tu, sekeping dua mmg tak cukup...
ردحذفhehehe...
sy suka kalau dijudukan dgn nasi (ayam penyet)...
Mana cukup tu Anies. hihi...ayam penyet tu dia goreng biasa je kan biasanya. Memang wajib ada tu tempe dan tauhu goreng.
حذفCie suka buat goreng celup tepung bestari baru anak2 makan.
ردحذفPernah buat juga celup tepung bestari. Pun sedap guna tepung bestari spicy tu.
حذفJika minum petang dan makan ni, namaya cicipan, selamat menjamu selera ya
ردحذفYe, betul tu. Alhamdulillah...selamat sudah.
حذفPhizhaaa... thank you resipi tu, kita dah lama cari. thank you so much! nak catit dlm buku.
ردحذفSama-sama. Jangan tak buat pulak ye. hihi...
حذفFiza....thanks tau kongsikan resepi ni. KSarie anak beranak suka makan tempe goreng tapi selalu goreng macam tuh je. Nanti weekend ni boleh cuba resepi yang Fiza share ni (kalau kerajinan la ye😅).
ردحذفHaa, nanti kena cuba tau masak macam ni. Baru sedap! Jangan tak cuba, sila rajin sikit. hihi...
حذفSama² kasih KakSarie.
Tempe akak x berapa makan kalau goreng macam ni..tapi buat sambal siap ada ikan bilis dan kacang tanah goreng tu akak suka tapi kena potong nipis2...mengada kan..sama je tempe...hahahaa...
ردحذفOo sambal tempe makan pulak. Padahal sama je tu kak kena goreng. hihi..biasalah kadang ada yang tak kena dengan selera kita ni.
حذفSedap goreng tempe style gini.. harum bau ketumbar dan jintan.
ردحذفBukan setakat haruma, rasa pun sedap kak. hihi...
حذفteringin pulak nak rasa tempe organik ni. agak2 kalau lepas ni Fiza nak order, openlah order untuk kakak2 blogger di Seremban sekali.
ردحذفHaa baikkk...Nanti saya open order. Eh, dah jadi PS lah pula kita.
حذف