Bulan ni aktiviti main badminton Encik Suami pada hari Sabtu lagi. Dapatlah saya ikut. Kalau hari waktu bekerja, tak dapatlah ikut sebab dia akan pergi terus lepas balik kerja. Takkan balik kerja nak balik rumah di Seremban, lepas tu nak ke Bangi semula. Memang taklah.
Masih venue yang sama di Uptown Sports Bangi. Lepas solat Maghrib kami terus gerak. Sempat alas perut makan roti gardenia durian dan onigiri. Kalau tidak, mahunya lapar tunggu sampai habis main badminton jam 10.00 malam.

Kali ni dapat court di tengah. Walaupun kerusi pengadil disediakan tapi pemain kena kira sendiri. Ala main suka-suka je pun. Bukan ikut undang-undang sangat. Mengelat saja. Kira tetap kira.


Kali ni dapat court di tengah. Walaupun kerusi pengadil disediakan tapi pemain kena kira sendiri. Ala main suka-suka je pun. Bukan ikut undang-undang sangat. Mengelat saja. Kira tetap kira.

Meriah semua court penuh kecuali sebelah court kami ni. Masing-masing beria main. Havoc betul. Baguslah kan masing-masing minat bersukan. Bersenam keluarkan peluh.
Tak bosan menunggu tapi penat duduk. Sesekali saya bangun, luruskan kaki sementara menunggu. Boleh tahan panas juga dalam dewan ni. Nasib baik tepi tu ada batu angin, ada angin masuk jugalah.
Tak bosan menunggu tapi penat duduk. Sesekali saya bangun, luruskan kaki sementara menunggu. Boleh tahan panas juga dalam dewan ni. Nasib baik tepi tu ada batu angin, ada angin masuk jugalah.
Nak main, segan. Malas pun ada. Badminton bukan suka kegemaran. Kalau main menepek biasa-biasa bolehlah. Main single biasa juga, kalau beregu ni kita tak biasa. Kang tak pasal raket berlaga patah lagi. Kali ni tak ada insiden raket rosak. Shuttlecock pun guna satu je selama dua jam tu.
28 تعليقات
saya pun minat juga badminton tapi main petang2 tepi rumah je la.. kalau main court idak la rasanya..penat.. dapat pulak team lawan yang agresif hmm..masak ... haha.
ردحذفSaya pun main petang-petang depan rumah di kampung je. Dalam court ni tak pernah. Itulah tu, yang main beria tu jenuh juga nak melawannya. Memang masaklah kena smash..huhu...
حذفIni nampak profesional ni... bukan suka-suka!
ردحذفGaya mesti kena ada uncle. hihi..Profesional ke tidak itu belakang kira.
حذفHehe dulu pernah wakil sekolah main badminton tapi tak lah terer.
ردحذفKira hebatlah ni wakil sekolah tu. Bukan biasa-biasa.
حذفDulu2 sek men masuk kelab badminton. Best mainnya.....aktiviti sihat pulak tu.
ردحذفWah kalau dah masuk kelab ni kira handal lah ni kak. Ye, semestinya aktiviti yang menyihatkan.
حذفkebetulan rakan2 sekerja kt tmpt baru kerja ni pun ada buat tournament sama2 suka je., wak x join tapi., huhu
ردحذفTengah hype skang badminton sekarang wak selain pickeball. Awat tak join tu wak?
حذفdlu2 time remaja ada juga la main badminton tp dkt umah je la ptg2..tkpernh main dkt court
ردحذفSamalah kita, mampu main di depan rumah je. Nak main kat court tak biasa, segan nak main dengan mereka yang hebat. huhu...
حذفAkak suka main badminton tp main gitu2 je la...
ردحذفYe, samalah kita. Main gitu je, suka-suka.
حذفAkak pun pernah ikut suami main badminton. Jadi penonton, di dewan badminton yang orang kena sewa court tu. Memang panas dalam tu. Hujung minggu, Fizah boleh main badminton dengan suami. Santai-santai, keluar peluh. 😊
ردحذفSesekali kita ikut kan Kak Nur. Itulah tu, panas juga. Kalau kat kampung bolehlah main depan rumah ada laman. Kat Taman ni nak main depan rumah macam tak sesuai sebab kenderaan lalu lalang.
حذفsaya memang failed main badminton hahaha
ردحذفHahaha..kita jadi pemerhati je lah kan.
حذفSaya pun tak bisa kalo main ganda 🤣. Takut saling tabrakan, atau raket beradu 😅😅. Lebih enak main single. Tapi itupun trakhir main ini dah lama sangaaat, zaman sekolah hahahah.
ردحذفBukan sport fav saya juga kak.
Itu yang jadi raket bengkok haritu tu. Main single lagi senang kita sorang je kena main all the way.
حذفhihi...samalah, bukan minat. Tu yang malas main.
yg penting istiqamah! i so far main pickle ball every week :) dh 4 weekends berjaya istiqamah
ردحذفBetu, setujut u. Terus semangat! Tahniah.
حذفammi kalau ikut husband ammi badminton dulu2, ammi dan anak mainlah manja2 kat tepi court
ردحذفAda geng anak-anak bolehlah Ammi menepek main manja-manja. Taklah bosan menunggu.
حذفmain badminton ni memang keluar segala skill, suka main tapi nak drive keluar malam tu, too lazy.
ردحذفmain ikut rule sendiri, kita takyah nak serius sangat, lagi stres jadinya.
bila da ikut rule sendiri, maka jadi kelakar la dlm tu. kdg sampai tak boleh nak main sebab asyik ketawa saja.
Kena ajak geng gitu nak keluar malam. Ada geng juga main badminton. Ye, tak payah ikut rules sangat. Main hentam suka suka asal boleh je. Betul, barulah seronok gitu.
حذفMemang panas duduk lama dalam dewan. Ala-ala bersauna pula rasanya kan Fizah.
ردحذفKak Amie dah berpuluh tahun tak pegang raket badminton. Dulu pernah wakil persatuan mahasisws negeri Selangor dalam sukan inter varsity UM lawan USM.
Itulah tu. Mujur tak pakai parka. Kalau tidak lencun habis.
حذفWah, bekas atlet ni pemain badminton handalan. Wakil U tu kak Amie. Tahniah kak Amie!