Hari Sabtu lepas ada janji temu braces untuk edisi bulan September. Macam biasa memilih hari Sabtu. Kecuali kalau jumpa dengan doktor pakar ortodontik dia ada weekdays sahaja. Bukan main meriah lagi di klinik pergigian. Full house!
Nampak selipar di luar klinik pun dah meriah. Maknanya ramai orang lah tu. Encik Suami nak buat scaling pun tak jadi sebab ramai. Malas nak menunggu sebab tak buat janji temu sebab nak walk in je. Next month lah nampaknya.

Pesakit tak ramai. Yang buat ramainya sebab masing-masing datang berteman. Ada yang datang dengan keluarga. Itu takpe, benda biasa. Menunggu sekejaplah untuk proses pendaftaran dan tandatangan consent, set tarikh janji temu seterusnya dan pilih getah O-ring.
Ambil masa nak pilih getah O-ring sebab tak ada lansung warna yang saya nak. Warna hitam dan maroon nan hado. Terpaksa pilih warna merah. No choice maaa...
Lepas pilih getah O-ring, tak sempat duduk. Nama dah dipanggil. Tak sempatlah nak ambil gambar getah O-ringnya. Sama warna pada bulan April 2025.
Alamak! Dengar elastic band buat saya gerun. Tak dapat bayangkan macamana bila dah pakai elastic band tu. Satu yang saya risaukan, susah nak makan. Nak makan kena buka. Jenuh gitu nak buka dan pakai semula setiap kali makan.
Nak tak nak, kena hadap jugalah kan. Doktor ajar cara untuk pakai elastic band tu. Elastic band dipasang membentuk segitiga sangkut di setiap antena bracket untuk rapatkan gigi atas dan bawah, elakkan masalah open bite. Dapat bekalan elastic band sebungkus. Doktor pesan, kalau longgar ganti baru je. Baik doktor!

Pesakit tak ramai. Yang buat ramainya sebab masing-masing datang berteman. Ada yang datang dengan keluarga. Itu takpe, benda biasa. Menunggu sekejaplah untuk proses pendaftaran dan tandatangan consent, set tarikh janji temu seterusnya dan pilih getah O-ring.
Ambil masa nak pilih getah O-ring sebab tak ada lansung warna yang saya nak. Warna hitam dan maroon nan hado. Terpaksa pilih warna merah. No choice maaa...
Lepas pilih getah O-ring, tak sempat duduk. Nama dah dipanggil. Tak sempatlah nak ambil gambar getah O-ringnya. Sama warna pada bulan April 2025.
Ambil gambar
Doktor pasang mouth gate dan ambil gambar gigi depan, kiri dan kanan semasa mengigit. Berikan pada doktor ortodontik untuk tindakan selanjutnya. Wayar atas kena tukar baru, saiz besar sikit. Dan kena pakai elastic band.
Alamak! Dengar elastic band buat saya gerun. Tak dapat bayangkan macamana bila dah pakai elastic band tu. Satu yang saya risaukan, susah nak makan. Nak makan kena buka. Jenuh gitu nak buka dan pakai semula setiap kali makan.
![]() |
putih kiri kanan tu elastic band |
Nak tak nak, kena hadap jugalah kan. Doktor ajar cara untuk pakai elastic band tu. Elastic band dipasang membentuk segitiga sangkut di setiap antena bracket untuk rapatkan gigi atas dan bawah, elakkan masalah open bite. Dapat bekalan elastic band sebungkus. Doktor pesan, kalau longgar ganti baru je. Baik doktor!
Getah o-ring dan power chain
Masih pakai getah O-ring pada gigi atas dan power chain untuk gigi bawah. Risau juga kalau atas kena pakai power chain. Tapi doktor kata, gigi atas yang kosong kiri dan kanan tu akan digantikan gigi palsu. Kemungkinan sekali dengan retainer nanti. Kiranya special retainer lah.
Itu lambat lagi sebenarnya. Cuma itu apa perancangan doktor so far. Tengok keadaan nanti macam mana. Kita ikut je lah apa perancangannya. Asalkan gigi elok sihat dan cantik tersusun.
Itu lambat lagi sebenarnya. Cuma itu apa perancangan doktor so far. Tengok keadaan nanti macam mana. Kita ikut je lah apa perancangannya. Asalkan gigi elok sihat dan cantik tersusun.
Jadi sekarang ni dalam fasa berperang dengan sakit. Rasa macam nak luruh gigi dari gusi sebab tarikan dari getah tu kuat betul. Gap gigi cuma 2mm je dapat buka. Setakat minum air tak payah buka elastic band tu.
Nak makan tu kena buka jugalah elastic band tu. Tak muat makanan nak masuk mulut kalau tak dibuka. Nak buka okay lagi. Bila nak pasang tu agak struggle sikit.
Seksa betul bila kena pakai elasctic band ni. ber ahh ahh ahh je tahan sakit. Rasa nak maki orang pun ye. Sampai bila kena pakai elastic band ni tak tahulah. Bergantung pada keadaan gigi. Kalau gigitan tu dah selari atas bawah kiri kanan tu, okay dah kot.
Jangan kena pakai sampai debond sudahlah. Dahlah kena pakai 24 jam! Buka masa makan, gosok gigi dan scrap lidah je. Bila nak gigit tu tak lut ye. Kena tahan sakit kalau nak gigit tu. Kadang guna lelangit je kemam. Hempas-hempas telan.
Fuhh...inilah pengalaman paling sakit yang pernah saya rasa sepanjang pakai braces. Yang sebelum ni sakit biasa dan kejap je.
Fuhh...inilah pengalaman paling sakit yang pernah saya rasa sepanjang pakai braces. Yang sebelum ni sakit biasa dan kejap je.
Ini tak boleh nak mengelat kena sentiasa pakai kecuali makan. Kalau mengelat nanti, lagi lamalah perjalanan dia. So kena disiplinlah sikit ye. Bertabahlah! Kita ni dah lah kejap-kejap nak makan. Leceh betul tang nak buka pakai ni. Hilang nikmat makan to another level.
Jangan tanya kenapa kurus? Inilah puncanya. Itupun kalau kurus lah. hihi...
Jangan tanya kenapa kurus? Inilah puncanya. Itupun kalau kurus lah. hihi...
38 تعليقات
mmg kena disiplin la ye tp nk mkn kena buka bertabah juga
ردحذفYe, agak payah bab makan tu kena cabut dan pasang semula.
حذفWife saya surrender braces ni.. pakai tak sampai 3 minggu buka balik.. katanya tak sanggup hilang nikmak makan hahahaha..
ردحذفKejap betul tu. Memang hilang kejap nikmat makan tu...huhu...
حذفYA Allah, kadang lepas buat scalling jer dah ngilu gigi apalagi kena pakai macam-macam macam ni. SY pun ikut beruh ah uh ah jugak ni, Fiza. Semoga saya sama2 kurus la dengan Fiza nanti, hihihi.
ردحذفIni level up lagi sakit dia mengalahkan scaling. Haa..jomlah kurus sama-sama.
حذفfirst time nampak orang pakai elastic band dekat braces ni. Takut pulak nak pakai braces hahaha
ردحذفBeauty is pain. Kena ingat tu je. hihi...
حذفKurus sihat x per...
ردحذفBetul tu. Saya setuju!
حذفammi pulak yang rasa lenguh kat rahang tengok elastic band tu. kalau makan boleh buka mulut kecik je, kalau bercakap macam mana?
ردحذفSaya yang pakai ni lagilah. Kena merasainya. huhu...Kalau bercakap tak ada masalah, cakap macam biasa je cuma mulut je tak terbuka sangat.
حذفAllahuakbar. Kalau makan bubur pun kena buka ke, band tu? Semoga Fizah tabah, nanti gigi cantik. Sekarang pun akak tengok dah cantik. Gigi akak lagi la, ke sana ke sini, tak tersusun. Tapi, akak dah tua.
ردحذفMakan bubur tak perlu sebab sedut je bubur tu dari sudu. Tak perlu bukaan luas. Tengah bertabah ni Kak Nur. Gigi asalnya elok je tersusun tak ada masalah. Sebab tak berganti gigi yang dicabut tu, gigi jadi senget itu yang kena susun semula.
حذفKalau gigi Kak Nur tak ada masalah, sihat semua okay dah tu.
beauty is pain gitu!
ردحذفBenar sekali.
حذفLeceh jugak rupanya pakai braces ni. Boleh makan benda-benda keras macam keropok tak?
ردحذفYe, leceh bab makan dan bersihkan gigi. Benda keras tak boleh, nanti boleh menyebabkan bracket tercabut.
حذفKena bertabah jela orang pakai braces ni. Orang tengok nampak cantik je.
ردحذفYe, betul. Bertabah jelah hadap. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
حذفtengok & dengar pun dah scary.. Iris dlm proses jugak ni..nak pakai braces, mummy dia yg ngeri..dia excited je..adoi la
ردحذفKalau dah habis sekolah nanti okaylah. Risau juga mengganggu dia belajar. Sakit setiap orang tak sama. Kalau dia pain tolerance tinggi okaylah. Dan kena commit juga nak jumpa doktor every month. Pada saya, mula pakai dan sampai pakai power chain tak sakit sangat. Pakai elastic ni paling sakit tekanan dia. huhu..
حذفAkak pulak yang rasa seriau bila Fiza kata tarikan getah tu kuat. Tak tahu pulak kalau pakai braces akan ada kena pakai getah gitu. Moga Fiza tabah melaluinya. Esok-esok gigi Fiza cantik. Akak gigi tak cantik jadi segan nak senyum lebar 😄
ردحذفYe, bayangkan getah kecil kita regangkan tarikan dia lagi kuat. huhu..Tengah bertabah ni Kak Ujie. Ye, ada untuk sekatakan atas bawah. Elakkan macam jongang gitu. Biar elok selari atas bawah. InshaAllah mudah-mudahan. Yang penting senyuman manis kak.
حذفMengenangkan disiplin pakai braces ni kan, terus tak jadi buat.
ردحذفDisiplin kena tahap tinggi baru berhasil. huhu...
حذفmacam adik saya dulu, pakai mende alah ni jadi susah nak makan huhu
ردحذفdahla nak kena hadap proses braces ni lama xD
Betul, nak makan memang payah. Itulah tu, terpaksalah hadap.
حذفI feel you sangat kak Fiza. Pernah merasakan pakai elastic band tuh , dan memang sakiiiiit. Apalagi zaman dulu belum macam sekarang behelnya. Dari awal pasang, tiap kali dikencangkan, dan tiap kali pakai elastic sakitnya macam gigi dilepas tanpa bius 😭😭.
ردحذفItu yg buat saya trauma ke dentist. Semangaaat kak. Nanti kalau dah lepas, memang laaah sebanding hasilnya dengan sakit yg dirasa ☺️
Ya sakit ya amat bila pakai dan buka tu. Dia punya sakit tu berdenyut-denyut sampai kepala. Kalau dulu kurang moden mesti lagi sakit kan. So far saya tak trauma tapi kalau kata kena tampal atau cabut tu jadi trauma. Untuk braces monthly appointment so far okay je tak takut.
حذفYa, terus semangat hadap kesakitan. Tak sabar nak tunggu debond tapi lambat lagi tahun depan inshaAllah..
pernah ada kawan pakai...rasanya dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 tak buka2 pun...
ردحذفBergantung juga pada tahap gigi individu tu. Ada yang sampai 8 tahun pun ada. Harap tak lamalah.
حذفhuaaa~ rasa, tak apalah. kitanya suka makan. eh, makan dulu difikirnya.
ردحذفtapi kita mmg tabik betulla dgn mereka yg pakai braces ni.
Kalau suka makan, better jangan pakai. Nanti kemurungan tak dapat makan sedap-sedap especially yang crispy tu. Gigi tak lut!
حذفNak tak nak kena hadap jugalah sampai debond. huhu...Tak boleh nak tabik sangat sebab kadang kita ni pun rapuh juga. huhu...
Alamak... sengsara juga nengoknya. Ritu Wafi ada cakap nak pakai braces untuk gigi bawah. Macam leceh pula nak kena followup monthly ya.
ردحذفYa, kalau pain tolerance tinggi bolehlah kalau nak cuba. Tapi kalau sekolah lagi better tunggu dah habis sekolah nanti. Sengsara banyak benda nak kena adapt dan banyak pantang tak boleh makan itu ini. Jaga kebersihan gigi paling penting. Kena consult dulu sebab ada kes tertentu je doktor bagi pakai bawah atau atas sahaja. Biasanya macam kena pakai atas bawah je sebab nak adjust dua-dua tu sekali. Dia melibatkan rahang juga bukan hanya gigi dan gusi sahaja.
حذفMacam perlukan kesabaran yang tinggi ni kan....kadang kesian tgok kawan- kawan yang pakai x leh makan sangat..tapi kat budak2 HR berlumba2 pakai sebabnak kurus..hahahha
ردحذفBetul tu. Sabar kena tahap tinggi selain bersedia mentally dan financially.
حذفMasalahnya tak kurus jugak kak. Tetap selera makan walaupun ada pantang larang. hihi...