Oleh kerana namplawan Takrai yang haritu macam mengecewakan. Terpaksalah cari yang baru. Yang tu sikit lagi kena habiskan. Buah dah habis pula. Saya makan dengan epal hijau je. Mangga tak ada. Payah nak cari mangga lemak tu.
Bekas pun elok dia seal bagi tak nak tumpah atau rosak. Untuk pembungkusan boleh dipuji.

Sos namplawan pun tak terlalu likat dan tak terlalu cair sangat. Teksturnya sedang elok. Saya lebih suka tekstur begini. Udang kering pun menggunakan udang kering kecil yang crispy tu macam udang hidup tu.
Tak ada bau yang pelik. Rasa pun sedap. Tak sabar nak cari mangga, nanas atau epal hijau. Kecur air liur dah!



Harga colek Garam Thai ni pun murah jugalah RM7.79 selepas diskaun. Di TikTok berbaloi beli kalau ada voucher. Dua-dua ni menepati selera. Boleh ulang membeli.
Saya beli pencicah namplawan ni di TikTok je. Lama dah masuk cart cuma tak submit je. Ada beberapa jenis yang saya add to cart tapi yang ni jadi pilihan. Ada satu lagi yang Anies recommend dalam kotak komen tu masih tak ada stok. Malas nak tunggu lagi, kita proceed yang ni je lah.
Masa beli tu tengok-tengoklah juga apa yang ada dalam kedai yang sama. Nampak colek garam Thai tu macam sedap je. Beli jugalah.
Penghantaran pun laju. Cepat je sama. Buat pesanan waktu pagi, petang dia pos. Esok dah sampai. Kejap betul dah sampai. Alhamdulillah mendarat dengan selamat. Bekas pun tak rosak. Dibalut dengan bubble wrap agak tebal juga.

Masa beli tu tengok-tengoklah juga apa yang ada dalam kedai yang sama. Nampak colek garam Thai tu macam sedap je. Beli jugalah.
Penghantaran pun laju. Cepat je sama. Buat pesanan waktu pagi, petang dia pos. Esok dah sampai. Kejap betul dah sampai. Alhamdulillah mendarat dengan selamat. Bekas pun tak rosak. Dibalut dengan bubble wrap agak tebal juga.

Bekas pun elok dia seal bagi tak nak tumpah atau rosak. Untuk pembungkusan boleh dipuji.
Namplawan colek buah Thai ILY Homemaker's Kitchen
Saya beli masa ada sale dapat RM9.99. Murah! Berbaloi dengan saiznya yang boleh tahan besar jugalah daripada yang saya beli sebelum ni (Namplawan Takrai di PETRONAS) RM16 dengan saiz lebih kecil.

Sos namplawan pun tak terlalu likat dan tak terlalu cair sangat. Teksturnya sedang elok. Saya lebih suka tekstur begini. Udang kering pun menggunakan udang kering kecil yang crispy tu macam udang hidup tu.
Tak ada bau yang pelik. Rasa pun sedap. Tak sabar nak cari mangga, nanas atau epal hijau. Kecur air liur dah!

Colek Garam Thai
Pertama kali cuba colek garam Thai. Ingatkan dia macam serbuk asam boi versi pedas. Rupanya bukan ye. Dia jenis kering macam campuran gula, cili kering pedas dan ikan bilis.

Dia tak kering sangat tapi macam sticky sikit. Kalau tabur pada buah macam mangga, epal hijau atau nanas sedap ni. Perah asam limau sikit lagi best agaknya ada rasa masam manis pedas tu. Sinonim 3 rasa tu dengan citarasa Thailand.

Harga colek Garam Thai ni pun murah jugalah RM7.79 selepas diskaun. Di TikTok berbaloi beli kalau ada voucher. Dua-dua ni menepati selera. Boleh ulang membeli.
40 تعليقات
Dia buat lagiiii beli namplawan. Kali ni ditambah colek garam pulak, buat kita yang menengok ni terkesip2 air liur. Masamnya tu macam boleh sampai ke sini. Nampaknya mereka kurangkan saiz dan naikkan harga jugak ke, sebab yang beli sebelum ni pun besar botolnya baru dalam RM10 ek.
ردحذفHihi..sebab yang haritu kurang sedap. uiss vocab baru, terkesip². Adakah loghat Johor jugak tu? Kecur air liur kan cakap masam-masam ni.
حذفEh tak, yang saya maksudkan sebelum ni tu jenama lain. Saya dah betulkan ayat dah. hihi...
colek garam tu kalu makan dengan limau kasturi memang ummpph..
ردحذفYaa..saya pun terfikir macam tu. Perahkan sekali jus limau kesturi tu lagi sedap kan.
حذفMenjejeh dah ayaq lioq ni...bab ada udang tu garu hidung dulu...
ردحذفKecur air liur dibuatnya kan. Kalau alergi udang kering, jangan berani-berani makan.
حذفcolek garam tu kak ana pernah beli sekali di Tiktok memang sedap sungguh makan dengan buah-buahan :)
ردحذفKann..sedap betul makan dengan buah yang masam-masam.
حذفmenarik tgk colek garam thai tu
ردحذفBolehlah cuba beli dan rasa nanti. Sedap!
حذفAdehhhh kecur ilio ni tengok. Dapat cicah mangga muda bawah pokok atas pangkin fuhhh sedap ni.
ردحذفPergghhh..lagi kecur air liur Cie sebut pasal mangga muda. Lagi masam tu. adehhh
حذفTengok dua2 kecur air liur tau Fiza.
ردحذفHihi..terus kecur tengok pencincah ni kan.
حذفApa2 makanan dari Thai... semuanya sedap kan?
ردحذفSetuju tu uncle. Tapi kalau bukan penggemar makanan Thai, confirm cakap tak sedap.
حذفNampak moden. Ni kalau sedap, mesti kena repeat order.
ردحذفYe, packaging nampak lebih moden gitu. Kalau sedap boleh repeat beli.
حذفMurah betul. Aduh kecur air liur baca tulisan ini.
ردحذفKena beli kalau ada sale Kak Wina. Kalau tidak belas-belas juga harganya.
حذفAduusss Fiza. Kita ikut terpikat melihat gambar dan penerangan Fizah. Sudahlah di dapur banyak epal hijau. Terus terliur dibuatnya 😋😋😋
ردحذفHaaa..kena beli tu kak Amie. Pengaruh rakan blogger tu benar..hihi...
حذفTerliur nampak colek ni hehe...teringat colek dengan buah masam2.
ردحذفYa, memang sesuai sangat dengan buah masam-masam ni.
حذفsedap ni layan mkn dgn buah2 kegemaran
ردحذفBetul, especially buah yang masam-masam gitu.
حذفsuka tengok packaging tu. design label dia simple dan sedap mata memandang
ردحذفmurahnya harga lepas tolak voucher!
Simple tapi nice kan. Yang penting isi dalamnya sodap. Beli ada voucher lagi murah gitu kan.
حذفSaya yg baca pun langsung terliur kak 😅😍😍😍. Terbayang lah mangga muda di cicah dengan ini. Kalo tak pedas, tinggal saya tambahkan cabe rawit 😅. Tapi kalo yg garam itu saya tak suka. Dari dulu memang lebih suka cicah buah dengan saus rujak atau namplawan, drpd garam
ردحذفHihi..pantang cakap pasal masam-masam ni. Pasti terliur kan. Kena ada pedas baru sedap.
حذفkenapa kita yg telan liur berkali-kali? adoiii~
ردحذفmemang nampak esklusif dan sedap pakagingnya tu.
Haruslah telan air liur kalau masam-masam ni kan. hihi..Macam kena beli tu bolehlah kita join sekali. Packaging nice.
حذفuiiiii ni kalau ada jambu air niiiii fuhhhhh kenyang mengadap sebekas!!!
ردحذفFuhh..kecur air liur pulak saya. Susah nak jumpa buah jambu air.
حذفsedapnyaa
ردحذفYe, sedap.
حذفdulu masa dok bangkok memang puas makan ni...dapp, beli kat 7 eleven sana pun sedap dah
ردحذفKat sana merata ada jual ek. Sini payah nak jumpa. Bestlah puas makan.
حذفAkhirnya, jumpa juga ya, namplawan yang sedap. Kena beli online juga. Fizah sebut nanas, baru akak teringat dalam peti ais akak ada buah nanas belum kupas.
ردحذفAlhamdulillah...dapat juga jumpa yang sedap kena dengan selera. Kurang pedas sikit boleh tambah cili. Kena kupas cepat tu kak. Nanti lama-lama rosak pulak.
حذف