Pokok belimbing buluh di Segamat yang ditebang dah keluar dahan baru. Mujurlah orang yang mak upah tu tak tebang habis. Boleh juga hidup kembali. Nak tunggu hasilnya macam lambat lagi. Tak ada lah rezeki nak bawa balik buah belimbing.
Sekarang ni tengah musim agaknya kot. Ada rezeki buahnya di kampung Encik Suami di Pilah. Tak ada di Segamat, di Pilah ado. Ini pun tak ambil segugus-segugus. Ambil mana yang besar je.

cara simpan buah belimbing buluh
Dapatlah buat stok. Masuk bekas tipuware, letak dalam kulkas tempat sejuk beku tu. Elok tahan lama. Stok lama pun masih ada lagi sikit.
Resepi buah belimbing buluh
Sedap buat masak sambal tumis belimbing buluh, udang masak lemak cili api, sambal petai ikan bilis belimbing buluh, masak sambal hitam pahang atau resipi yang sesuai dengannya.
Sambal hitam Pahang tu macam renyah sikit, saya belum pernah cuba lagi. Memerlukan kesabaran tinggi dan masak yang agak lama juga kan. Jadi, malas nak cuba.
Buah belimbing buluh ni dia bermusim. Kalau tengah musim memang banyak betul sampai jatuh-jatuh ke tanah. Saya tengok ada orang cicah dengan namplawan juga. Umagaiii tak masam ke tu? Tahan betul lidah dia ek. Kebal masam agaknya.
Buah belimbing buluh ni dia bermusim. Kalau tengah musim memang banyak betul sampai jatuh-jatuh ke tanah. Saya tengok ada orang cicah dengan namplawan juga. Umagaiii tak masam ke tu? Tahan betul lidah dia ek. Kebal masam agaknya.
Saya pun tak mampu nak makan begitu je. Kalau campur dalam makanan barulah makan. Itupun makan sikit je sebiji dua. Kalau campur dalam masakan pun tak letak banyak sangat, takut rasa masam tu melebihi yang lain. Kena letak seadanya sahaja.
Kalau dipasar ni saya agak macam mahal juga kan harga buah belimbing buluh ni. Ke murah je? Tak pernah lagi membeli. Untung kalau ada tanam pokok sendiri, mewah dapat rasa hasilnya.
20 Comments
gemoknya buah belimbing buluh tu..suka buat sambal hitam kalo ada belimbing buluh ni..dengan masak lomak
ReplyDeleteHihi..semuanya membesar bagaikan juara. Elok tak ada musuh mengganggu. Sambal hitam tu macam tak larat nak membuatnya. Nak cuba buat pun malas. huhu...Kalau campur masak lomak sodap!
DeleteSambal hitam pahang tu kena rebus belimbing tu sampai jadi hitam. Campur garam kasar masa rebus tux
ReplyDeleteA'ah. Ada tengok orang buat. Ambil masa yang lama tu, tu yang malas nak buat. huhu...Nak rasa pun beli je lah kot.
DeletePokok Akk baru2 ni dah banyak keluar buah..
ReplyDeleteAkk kalau buat sambal hitam tu buat style express je. Lebur semua atas api dan kacaulah sampai masak dan kering. Sedap juga cuma tak authentic la macam yg ori sambal hitam tu
Alhamdulillah...banyak hasilnya tu boleh buat stok. Okaylah tu kan, buat rasa-rasa ala-ala tu jadilah. Nak buat betul-betul rasa makan masa lama juga tu.
DeleteDi rumah pun ada tapi tak terkutip sebab banyak yang tinggi
ReplyDeleteYe, kadang macam tu lah. Tak terkutip sebab tinggi dan terlalu banyak.
DeleteIssh dulu pas tinggal di Aceh, ada pohon ini, dan buahnya lebaaat sangat. Memang tiap kali perlu tak susah nak cari. Trus mama suka keringkan, jadi asam Sunti kak. Asam Sunti ini banyak dipakai jadi kuliner khas Aceh.
ReplyDeleteTinggal dikeringkan di panas matahari, tapi harus rajin di bolak balik supaya merata. Sampai coklat.
Di JKT ini agak susah ketemu belimbing wuluh. Beberapa kali saya minta asisten cari dia bilang tak ada jual. Mungkin di pasar lain.
Ohh dikeringkan jadi seperti asam keping digunakan dalam masakan gitu ye. Tapi harus kering betul baru tahan lama tak berkulat. Disini biasanya jarang dikeringkan. Biasanya buat sambal hitam pahang atau digunakan segar dalam masakan Melayu. Jarang juga jumpa di sini kecuali di pasar tani. Itupun kalau ada.
Deletesedapnya, masak lemak cili api letak belimbing, kan~kan! rmh parent kita yg dulu ada tanam, daunnya bila gugur jadi penat nak menyapu. pindah, rmh skrg ni dah tak ada.
ReplyDeleteIyeee...sedap betul kalau tambah belimbing buluh berbanding asam keping. Dia lagi fresh rasa masam tu. Pokok ni antara pokok wajib ada kalau di kampung. Sayangnya pindah dah tak jumpa dah pokok ni. Betul, pokok ni kalau daun dia gugur punyalah banyak.
DeleteLama tak jengok kampung Encik Suami. Biasanya banyak buah belimbing buluh kalau tiba musimnya. Kadang-kadang saya campur belimbing buluh dalam asam pedas ikan.
ReplyDeleteDi sini macam tengah musim. Boleh tengok tu kak Amie. Kot sama musimnya, boleh juga ambil buat stok untuk masakan. Ohh sedap juga ye campur dalam asam pedas. Tak pernah cuba lagi. Nanti boleh cuba. Terima kasih kak Amie bagi idea.
DeleteAlo..saya tak pernah makan ni, pernah nampak dalam blog boleh jeruk ni kan..apapun buah ni vitamin..
ReplyDeleteYa, ada nampak dijerukkan untuk disimpan lama. Kalau ada di pasar tani bolehlah beli dan cuba campurkan dalam masakan.
DeleteSaya sebelum ni tak pandai makan belimbing ni. tapi masa belajar dulu makcik kawan saya bekalkan sambal belimbing, tak sangka rasa dia sedap sangat!
ReplyDeleteSambal belimbing saya suka, sedap rasa pedas dan masamnya tu bergabung. Lauk sambal belimbing dan telur goreng pun ngam. Itu pun dah cukup berselera makan.
DeleteAda makcik jual nasi kat pasar pagi Bota, dia punya gulai ikan tongkol ada belimbing buluh. Sedap, Fizah. 😋
ReplyDeleteKalau gulai ikan letak belimbing buluh memang sedap kak Nur. Teringat-ingat kesedapan dia tu. Kadang ambil juga buah belimbing buluhnya makan dengan ikan dan nasi. Ada rasa masam-masam sikit tapi tak terlalu masam. Boleh telan lah.
Delete