Kalau tahun lepas beli sandal adilette platform yang baru update beberapa hari lepas. Tahun ni dalam bulan yang sama beli adidas SLYN sandal pula.
SLYN sandal ni pun dah lama bercita-cita nak beli beberapa bulan lepas. Design ni baru tahun ni kot. Masuk stok je habis, masuk stok je habis. Laku keras! Bila ada stok, ada bajet teruslah membeli.
Tak jimat sebab tak ada sale. Bila ada sale, yang ni pula tak termasuk dalam sale. Haihh..payahlah macam ni. Baik beli dulu, menyesal kemudian. Kannn...Barulah dia tak berlegar-legar dalam fikiran.

Tak se exclusive adidas adilette ayoon slides, dia bungkus guna plastik je dan letak dalam bungkusan plastik pos courier tu je. Tak ada kotak.

Beli sandal ni pun sebab nak menebus kekecewaan beli adilette platform tu lah. Nak juga sandal tebal tapi lebih selesa sebab ada tali. Tali jenis velcro, boleh adjust. Selesa dipakai sebab insole pun bergetah lembut.

Design ni mengingatkan zaman sekolah menengah dulu pernah pakai style macam ni. Jenis tapak tak tebal macam ni, nipis seinci macam tu. Masa tu tengah trend kot rasanya. Tak pastilah...
Sekarang ni orang lebih suka pakai selipar sarung je terus, senang kalau nak cepat. Macam ni leceh sikit, tapi menang pada gaya lah. Kita pakai ikut kesesuaianlah.
Saya beli online je. Kalau di physical store memang tak ada ye stock SLYN sandal. Nak beli, sila beli online di website rasmi atau aplikasi. Harga RM2++
Okay rasanya dah boleh berhenti membeli sandal.
22 Comments
Ye Cie pun teringat waktu sekolah dan masa kat poli suka pakai sandal jenis bertali macam ni. Best pakai selesa.
ReplyDeleteStyle dah masa tu kan. Selesa nak berjalan tu yang best tu.
DeleteAgak tebal tapaknya. Akak kurang arif tentang sandal ni. Nampak selesa dipakai. 👍
ReplyDeleteYe, tapak tebal. Selesa pakai dan berjalan pun sebab insole dia jenis getah lembut.
DeleteSendal model begini pakai strap, saya suka. Ada beberapa di rumah, tp dari brand Skechers. Memang nyamaaan sangat dipakai. Ada juga produk lokal yg talinya bisa diganti2 kak 😄. Jadi macam punya banyak, padahal 1 😅. Saya beli talinya sampai 10 warna hahaha
ReplyDeleteSkechers banyak juga design yang menarik. Selesa dipakai jenis strap ni kan. Ohh lagi best boleh ganti-ganti strap tu, tak perlulah nak beli pelbagai warna kan. Menarik tu Fanny. No wonderlah sampai 10 warna Fanny beli. hihi...
DeleteDulu2 memang ini lah yang menjadi sarung kaki kalau keluar.
ReplyDeletePopular juga design ni dulu kan.
Deletebetul2...dulu popular gak pesen mcm ni kan
ReplyDeleteA'ah. Pernah popular satu masa dulu.
DeleteHarap bertahan lama Aphizha pakai yang ini.
ReplyDeleteHarap begitulah kak Wina.
Deletemacam pelik pulak bila adidas ni dia bungkus pakai plastik je, takde kotak. cantik sandal ni, tapak dia tebal, bila pakai nampaklah tinggi sikit kan hehe
ReplyDeleteSebelum ni ada beli sandal untuk orang lain juga, sama juga dia bagi plastik instead of box. Pernah sekali je beli ada kotak. Tulah motifnya, nak tinggi sikit. hihi...
Deletealaaa.. sis pulak jenis x pakai sandal.. nampak gebu la cushion dia..
ReplyDeletesis ni klau x kasut, selipar jepun cap fipper yang sis pakai.. hehehe..
Cushion tapak tu best, selesa. hihi..fahammm..ikut keselesaan kita gitu.
DeleteComel, tgk sandal tu comel tuannya pun comel.
ReplyDeleteSMK dulu mmg sandal style gini, me pernah ada satu juga teringin bila tgk kekawan pakai cuma no brand, hanya fikir selesa di kaki dan cantik saja.
Dulu-dulu punya design cantik kan. Tak ingat lah masa tu jenama apa yang popular. Janji cantik dan selesa je sudah kan.
Deleteadidas ni brand fav my boys tp diaorg beli baju/kasut laaa
ReplyDeleteSaya suka juga baju adidas. Beli pun untuk sports je lah. Kasut dan sandal tu biasa beli.
DeleteAuto jadi tinggi pakai ni... dulu akak pun suka sandal bertali gini.. nampak lebih kemas kalau berjalan. Sekarang pakai sneakers je.
ReplyDeleteItu yang saya nak tu. Tinggi sikit, kita rendah. A'ah, adalah style sikit kononnya. Sneakers lagi selesa, lagi laju bergerak.
Delete