Bulan ni aktiviti main badminton Encik Suami pada hari Sabtu lagi. Dapatlah saya ikut. Kalau hari waktu bekerja, tak dapatlah ikut sebab dia akan pergi terus lepas balik kerja. Takkan balik kerja nak balik rumah di Seremban, lepas tu nak ke Bangi semula. Memang taklah.
Masih venue yang sama di Uptown Sports Bangi. Lepas solat Maghrib kami terus gerak. Sempat alas perut makan roti gardenia durian dan onigiri. Kalau tidak, mahunya lapar tunggu sampai habis main badminton jam 10.00 malam.

Kali ni dapat court di tengah. Walaupun kerusi pengadil disediakan tapi pemain kena kira sendiri. Ala main suka-suka je pun. Bukan ikut undang-undang sangat. Mengelat saja. Kira tetap kira.


Kali ni dapat court di tengah. Walaupun kerusi pengadil disediakan tapi pemain kena kira sendiri. Ala main suka-suka je pun. Bukan ikut undang-undang sangat. Mengelat saja. Kira tetap kira.

Meriah semua court penuh kecuali sebelah court kami ni. Masing-masing beria main. Havoc betul. Baguslah kan masing-masing minat bersukan. Bersenam keluarkan peluh.
Tak bosan menunggu tapi penat duduk. Sesekali saya bangun, luruskan kaki sementara menunggu. Boleh tahan panas juga dalam dewan ni. Nasib baik tepi tu ada batu angin, ada angin masuk jugalah.
Tak bosan menunggu tapi penat duduk. Sesekali saya bangun, luruskan kaki sementara menunggu. Boleh tahan panas juga dalam dewan ni. Nasib baik tepi tu ada batu angin, ada angin masuk jugalah.
Nak main, segan. Malas pun ada. Badminton bukan suka kegemaran. Kalau main menepek biasa-biasa bolehlah. Main single biasa juga, kalau beregu ni kita tak biasa. Kang tak pasal raket berlaga patah lagi. Kali ni tak ada insiden raket rosak. Shuttlecock pun guna satu je selama dua jam tu.
28 Comments
saya pun minat juga badminton tapi main petang2 tepi rumah je la.. kalau main court idak la rasanya..penat.. dapat pulak team lawan yang agresif hmm..masak ... haha.
ReplyDeleteSaya pun main petang-petang depan rumah di kampung je. Dalam court ni tak pernah. Itulah tu, yang main beria tu jenuh juga nak melawannya. Memang masaklah kena smash..huhu...
DeleteIni nampak profesional ni... bukan suka-suka!
ReplyDeleteGaya mesti kena ada uncle. hihi..Profesional ke tidak itu belakang kira.
DeleteHehe dulu pernah wakil sekolah main badminton tapi tak lah terer.
ReplyDeleteKira hebatlah ni wakil sekolah tu. Bukan biasa-biasa.
DeleteDulu2 sek men masuk kelab badminton. Best mainnya.....aktiviti sihat pulak tu.
ReplyDeleteWah kalau dah masuk kelab ni kira handal lah ni kak. Ye, semestinya aktiviti yang menyihatkan.
Deletekebetulan rakan2 sekerja kt tmpt baru kerja ni pun ada buat tournament sama2 suka je., wak x join tapi., huhu
ReplyDeleteTengah hype skang badminton sekarang wak selain pickeball. Awat tak join tu wak?
Deletedlu2 time remaja ada juga la main badminton tp dkt umah je la ptg2..tkpernh main dkt court
ReplyDeleteSamalah kita, mampu main di depan rumah je. Nak main kat court tak biasa, segan nak main dengan mereka yang hebat. huhu...
DeleteAkak suka main badminton tp main gitu2 je la...
ReplyDeleteYe, samalah kita. Main gitu je, suka-suka.
DeleteAkak pun pernah ikut suami main badminton. Jadi penonton, di dewan badminton yang orang kena sewa court tu. Memang panas dalam tu. Hujung minggu, Fizah boleh main badminton dengan suami. Santai-santai, keluar peluh. 😊
ReplyDeleteSesekali kita ikut kan Kak Nur. Itulah tu, panas juga. Kalau kat kampung bolehlah main depan rumah ada laman. Kat Taman ni nak main depan rumah macam tak sesuai sebab kenderaan lalu lalang.
Deletesaya memang failed main badminton hahaha
ReplyDeleteHahaha..kita jadi pemerhati je lah kan.
DeleteSaya pun tak bisa kalo main ganda 🤣. Takut saling tabrakan, atau raket beradu 😅😅. Lebih enak main single. Tapi itupun trakhir main ini dah lama sangaaat, zaman sekolah hahahah.
ReplyDeleteBukan sport fav saya juga kak.
Itu yang jadi raket bengkok haritu tu. Main single lagi senang kita sorang je kena main all the way.
Deletehihi...samalah, bukan minat. Tu yang malas main.
yg penting istiqamah! i so far main pickle ball every week :) dh 4 weekends berjaya istiqamah
ReplyDeleteBetu, setujut u. Terus semangat! Tahniah.
Deleteammi kalau ikut husband ammi badminton dulu2, ammi dan anak mainlah manja2 kat tepi court
ReplyDeleteAda geng anak-anak bolehlah Ammi menepek main manja-manja. Taklah bosan menunggu.
Deletemain badminton ni memang keluar segala skill, suka main tapi nak drive keluar malam tu, too lazy.
ReplyDeletemain ikut rule sendiri, kita takyah nak serius sangat, lagi stres jadinya.
bila da ikut rule sendiri, maka jadi kelakar la dlm tu. kdg sampai tak boleh nak main sebab asyik ketawa saja.
Kena ajak geng gitu nak keluar malam. Ada geng juga main badminton. Ye, tak payah ikut rules sangat. Main hentam suka suka asal boleh je. Betul, barulah seronok gitu.
DeleteMemang panas duduk lama dalam dewan. Ala-ala bersauna pula rasanya kan Fizah.
ReplyDeleteKak Amie dah berpuluh tahun tak pegang raket badminton. Dulu pernah wakil persatuan mahasisws negeri Selangor dalam sukan inter varsity UM lawan USM.
Itulah tu. Mujur tak pakai parka. Kalau tidak lencun habis.
DeleteWah, bekas atlet ni pemain badminton handalan. Wakil U tu kak Amie. Tahniah kak Amie!