Bukan main seronok lagi dapat berehat masak sampai ke petang. Semua hidangan dari pagi dan disiapkan. Tinggal hidang dan makan je. Petangnya menjamu selera nasi impit kuah kacang pula. Satu lagi makanan kegemaran saya.
Tak payah nak tunggu raya baru dapat makan nasi impit kuah kacang ni. Hari-hari boleh makan, kalau kedai bukalah. Beli di kedai yang sama dengan lontong kuah lodeh dan nasi minyak ayam masak merah.
Dalam satu bungkus set nasi impit ni ada 4 ketul nasi impit jenis saiz besar tu. Kuah kacang dibungkus asing dalam plastik.


Saya suka dengan sambal kuah kacang dia. Cukup rasa. Kacangnya pun tak halus dan tak kasar sangat. Sedang-sedang je. Ada rasa pedas-pedas sikit. Macam tu saya suka.
Saya memang peminat nasi impit dan kuah kacang. Kadang kalau beli sate, beli extra nasi impit dan kuah kacang.
22 Comments
Sy suka jugak makan nasi impit dengan kuah kacang tapi kejadiannya bukan berdua macam ni. Sedap jugak ek kalau cuma ada dua sahaja dalam pinggan, nasi impit dan kuah kacang sahaja.
ReplyDeleteOhhh kena ada yang lain teman juga ye. Macam lontong darat gitu ke? Ke dengan sate? hihi...
DeleteKalau saya, 2 ni dah dikira sedap dah.
Kalau ada satey lagi terangkat ni
ReplyDeleteWahhh...Kalau macam tu kena ada timun dan juga bawang potong wak. hihi...
DeleteBetul tu nasi impit kuah kacang ni bila2 pun boleh makan. Cie selalu ada kuah serbuk yang instant tu. Beli dari staf. Bila nak makan masak kejap dengan air dah boleh makan. Memang sedap. Kalau beli tempat lain kadang2 tak sedap.
ReplyDeleteBetul! Ooo ada jual ek. Macam kuah kacang sambal pecal tu ke? Senang gitu, anytime boleh makan. Nasi impit pun rebus je.
DeleteNampak rupa pun dah sedap tu. Berbaloi beli sebab saiz nasi tu pun besar jugak. 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap. Ya, berbaloi beli.
DeletePeminat nasi himpit kuah kacang hadir!
ReplyDeleteMemang sedaplah makan nasi himpit kan Fizah. Pasangan paling cocok sudah tentulah kuah kacang. Kalau balik kampung kakak Kak Amie selalu buat nasi himpit makan dengan rendang kerang.
Yeay, ada geng! Benar kak Amie, sepandan berdua ni. Makan dengan rendang kerang, extra sedap tu.
DeleteVibes raya haji ni...!
ReplyDeleteAmbil mood dulu uncle. hihi...
Deletesedapnya, kegemaran akak juga
ReplyDeleteOrang Johor jaranglah tak suka kan kak. Kegemaran ramai.
DeleteSedapnye. Dapat makan macam ni pun dah menyelerakan.
ReplyDeleteKann...berselera makan kalau peminat nasi impit dan kuah kacang.
Deletesedap ni
ReplyDeleteBetul, peminat nasi impit dan kuah kacang mesti suka.
DeleteWaaah kali di sini nasi impit atau ketupat atau lontong, makan dengan kuah kacang tp pasti ada lauk lainnya. Ntah itu sate, atau tahu goreng atau sayuran 😁.
ReplyDeleteKalau ada lauk lain tu macam lontong darat/kering. Sate pun biasa digandingkan dengan nasi impit dan kuah kacang. Jika sayuran macam lontong tu.
Deletetgk kuah kacang tu pun dah tahu sedap...cicah ngan sate syok juga ni
ReplyDeleteYa, kalau ada sate lagi kenyang makan ni.
Delete