So pagi ni beli je lah sarapan di luar. Sesekali cuti masak untuk sarapan di hari Jumaat. Encik suami beli lontong kuah lodeh untuk saya. Dia makan nasi lemak dan bihun goreng.

Selain tu beli sekali set nasi minyak untuk makan tengahari dan nasi impit untuk makan petang saya. Itu nantilah saya update. Cuti masak sampai petang lah ni. Untuk makan malam, petang nanti baru masak.
Semua menu ni beli di Kedai Roti Canai Sikamat. Macam-macam menu kegemaran saya ada di situ selain jual roti canai. Kadang tak tahu nak beli apa sebab banyak sangat menunya. Kuih muih pun ada. Tapi asyik ulang beli benda yang sama je.
Kalau tak beli lontong, beli soto nasi impit. Begitulah...
Rasanya dah banyak kali beli sampai dah banyak bekas-bekas ni di rumah. Nak buang sayang sebab boleh buat bekas simpan lauk basah dalam kulkas. Tapi dah banyak sangat kita kitar semula je lah.
Lontong kuah lodeh ni makanan kegemaran saya. Nasi impit ada 4 ketul. Nasi impit jenis saiz besar tu dipotong empat. Sayur-sayurannya banyak, tak kedekut bahan. Sambal pula dia bagi 2 jenis sambal. Sambal tumis dan sambal kuah kacang. Saya letak dua-dua.
Lagi sedap makan kalau kuah asingkan. Setiap kali nak suap nasi impit dan sayur, letak sambal atasnya. Lagi nikmat makan macam tu daripada dicampur sekali sambal dalam kuah. Tapi ini nak cepat dan nak ambil gambar, kita sekali kan.
Siapa makan macam saya? Kita geng! Tapi kadang di kedai dia dah letak siap-siap sambal dalam mangkuk. Kalau dah terlajak perahu macam tu, kita makan aje lah. Jangan banyak soal.
Saya tak pernah lagi makan di kedai ni. Setakat ni beli bungkus makan di rumah. Sedap dan harga pun berpatutan.
14 Comments
lontong mmg faveret ammi. tiap kali raya, mmg itu yang anak-anak request. nanti mcm nak minta husband cari kedai ni kat mana. ammi ni kadang-kadang bila membeli selalu tak perasan nama kedai. masuk menonong je kedai org
ReplyDeleteSama favourite kita. Nanti jangan lupa cari kedai ni. Kot teringin nak makan, boleh beli dan rasa.
DeleteSy gaul sikit² sambal dengan sayur atau nasi impit dengan sambal, kemudian sudukan dengan kuah lodeh. Kalau sayur potong kecik, sy sudu semua sekali dengan satu ngap, baru nikmat, hihihi.
ReplyDeleteBetul-betul. Baru nikmat. Kena makan macam tu tanpa gaulkan sekali dengan kuah dalam mangkuk. Baru terasa sambalnya tu kan.
DeleteSedapnya lontong. Fav ni.
ReplyDeleteYaaa..semestinya sedap. Saya juga penggemar lontong.
DeleteSedapnya lontong knah lodeh. Kelmarin kami buat pot luck. Dua mangkuk saya makan lontong kuah lodeh. Sedap sangat.
ReplyDeleteBetul-betul sedap tu kak Amie sampai makan bertambah. Makanan fav kalau sedap, laju kita bertambah makan kan.
Deletesaya makan lontong letak je semua, sekali harung senang. yang penting sayur manyak. aaasyedap.
ReplyDeleteHihi...ikut cara dan selera sendiri gitu kan. Benar, yang penting sedap di tekak kita.
Deletesedapnya...yum yum.. oen of MA punya fav ni ( nampak sgt byk fav nya kan.. he he he)
ReplyDeleteHihi..biasalah tu. Semua makanan kita suka kan.
Deletelontong ni dia tak bagi sekali ke dgn telur rebus?
ReplyDeleteAda, tengellam kat bawah tak kelihatan. hihi..
Delete