Header Ads

TERbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

TERbeli okay. TERbeli. Tak rancang pun nak beli beg baru tapi tulah. Kenapa dia menggoda sangat ni. Itu yang TERbeli tanpa sengaja. Nampak tak siap Caps lock TER tu. Yang baru update tu beli tahun lepas. So ni kira tahun ni punya beg lah kan. 

Nak buat beg raya, raya dah berlalu. Boleh buat beg untuk raya haji mungkin. Tapi tak sempat raya haji, dah selamat dirasmikan pergi kenduri kahwin. 

Beg macam ni siapa je yang tak suka kan. Comel!

Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

Dapat satu set lengkap dengan beg uncang untuk simpan beg. Beg uncang menggunakan material kain jacquard yang sama.

Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

Didatangkan bersama strap untuk buat cross bag atau shoulder bag. Saya suka beli beg yang ada lebih dari satu function. Boleh dipelbagaikan gaya tu.

Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

Terpaling menarik yang membuatkan saya nak  beli sebab pemegang ni lah. Batuan yang pelbagai bentuk dan corak yang berbeza.

Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

Cetakan brocade fabrik jacquard ni nampak mewah dan klasik. Cantik bukan?

Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

Closure dia jenis magnetic, bukan zip. Beg begini sesuai sangat digayakan untuk acara makan malam (dinner), majlis perkahwinan atau acara tertentu. Nampak sesuai.

Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

Beg ni comel. Muat-muat handphone, wallet nipis, sebatang lipstick dan cermin mini. Selain pegang begitu, sesuai juga letak di gayakan di pergelangan tangan. 

Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

Handbag hitam, kasut hitam. Okay sepadan! 

Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith

Lepas saya checkout, terus OOS (Out of Stock) beg ni. No longer available. Tak pasti akan restock ke tidak. Ada satu beg tu saya berkenan juga tapi material satin. Satin Ruched Ring-Handle Bag, pemegang dia besi bulat. OOS dah lama tak restock lagi.

Itu yang terus beli yang ni takut habis. Ngam-ngam saya beli yang last stock. Rezeki saya lah. Yang ni paling cepat sampai. Saya buat pesanan hari Isnin, hari Khamis dah sampai. 

Kalau kita buat pesanan sebelum pukul 9 pagi dia akan proses hari yang sama. Sehari lepas tu dah sampai Malaysia dari Singapura. Dah sampai Malaysia, esoknya dah sampai rumah. Cepat betul buat kerja. 

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.