Biasanya barang yang boleh dikitar semula kami akan letak di luar rumah je sebab setiap hari Selasa pihak majlis perbandaran akan datang kutip. Jadi, tak perlulah ke tempat kitar semula untuk buang barang-barang tersebut. Cara begitu, tak dapat pulangannya lah.
Kami dah terbiasa buang sampah asingkan, mana yang boleh dikitar semula. Bekas makanan kertas dan plastik akan dibersihkan dahulu. Tak lupa segala tin dan botol. Semua tu kumpul dan letak di luar setiap hari Selasa.
Untuk sampah sisa makanan pun ada bekas khas sendiri supaya tak bercampur dengan sampah kering. Sampah domestik ni akan dikutip setiap hari Isnin dan Khamis. Jadual pun dah dah semat dalam kepala.
Disebabkan yang kami kumpul kali ni banyak. Rasanya lebih berbaloi kalau dijual. Besi-besi spare part kereta, kotak-kotak dan bekas plastik. Besi jenis berat jugalah. Kalau dijual pada yang bawa lori surat khabar lama tu, tak berapa lumayan.

Disebabkan yang kami kumpul kali ni banyak. Rasanya lebih berbaloi kalau dijual. Besi-besi spare part kereta, kotak-kotak dan bekas plastik. Besi jenis berat jugalah. Kalau dijual pada yang bawa lori surat khabar lama tu, tak berapa lumayan.
Pernah jual besi apa entah dan juga majalah lama. Dapat RM2 hengget je. Tak berbaloi sungguh lah. Sejak tu memang tak jual lah pada mereka. Jadi, kami pun carilah tempat yang boleh jual barangan kitar semula di Sekitar Seremban ni.
Hasil carian encik suami, jumpalah KCA Metal Trading ni di jalan Jelebu yang tak jauh sangat dari rumah. Disini hanya terima besi dan plastik je. Kertas mereka tak nak. Walaupun saya nampak ada lambakan kertas. Mungkin mereka tak terima dah kot.

Terkejut bila masuk dalam ni, penuh dengan lambakan besi, aluminium dan plastik. Jadi, rajin-rajinlah ye asingkan sampah kitar semula. Selain jaga alam sekitar, boleh juga tambah pendapatan jika dijual.


Macam-macam jenis besi ada di sini. Proses jual beli pun cepat. Lepas timbang, mereka keluarkan resit dan ambil duit di kaunter. Inilah hasil yang kami dapat, RM19 jual beli dan plastik.

Terkejut bila masuk dalam ni, penuh dengan lambakan besi, aluminium dan plastik. Jadi, rajin-rajinlah ye asingkan sampah kitar semula. Selain jaga alam sekitar, boleh juga tambah pendapatan jika dijual.
Takpun boleh kitar semula jadi benda baru yang boleh kita guna. Yang penting jangan buang merata-rata.

Di kejauhan ada jentolak sedang memenyekkan besi. Kita perati je. Senang betul dia musnahkan sebuah kereta.

Macam-macam jenis besi ada di sini. Proses jual beli pun cepat. Lepas timbang, mereka keluarkan resit dan ambil duit di kaunter. Inilah hasil yang kami dapat, RM19 jual beli dan plastik.
Harga besi dan plastik
- Besi RM0.85/kg
- Plastik RM0.40/kg

Lepas tu kami ke MBS (Majlis Perbandaran Seremban) nak jual kertas dan e-waste pula. Tapi kami tak jadi jual. Sebabnya apps KITARecycle tu tak function. Tak ada tempat timbang. Dah tu macamana nak jual dan claim points? Kiosk pun tak ada orang jaga. Hmmm...
So tak tahu lah nak jual kertas dan e-waste di mana. Siapa tahu, jangan lupa komen. Area Seremban, Bangi dan Putrajaya. Kalau ada satu tempat tu boleh jual semua benda lagi bagus.
22 Comments
Dapat RM19 hasil jual barang kitar semula, memang kira lumayan!
ReplyDeleteBagus kan buat gini, boleh bantu selamatkan alam sekitar dan bantu tambah duit mengopi. Hehe
Ya, saya pun rasa begitu. Kira berbaloi jugalah. Betul, setuju tu kak Ujie. hihi..duit mengopi ek.
DeleteMemang elok sangat. Kami kumpul di rumah, ada hari tertentu, lori datang ambil.
ReplyDeleteSamalah kita. Senang ada lori datang ambil setiap minggu.
Deletelinda pun setakt asing botol2 plastik dengan kaca je lah...minyak masak pun dah ada 2 botol penuh (5kg punya) juga tu...
ReplyDeletekalau nak jual dekat majlis nie, rasenya macam hari kerja je deme beroperasi
Boleh dapat banyak tu kalau 2 botol penuh 5 kg. Saya punya botol minyak belum penuh lagi. Jarang buat goreng-goreng.
DeleteOh, weekdays je ke. Tapi tengok jadual dia weekend pun ada. Mungkin masa saya pergi tu tak ada orang jaga kot. Nanti kena check balik. Terima kasih share.
Rajin betul spring cleaning siap kategori segala! Kalau aku, baru asingkan plastik dengan kertas je pun dah rasa macam menang cabaran eco-warrior 😅. Tapi betul lah, daripada buang terus, baik jual dan dapat jugak RM19, boleh beli teh ais 5 gelas! 😂. Harapnya lepas ni ada juga tempat one-stop centre jual semua barang. Best senang hidup!
ReplyDeleteDatang mood rajin begitulah jadinya. Hahaha..sangat mencabar tu.
DeleteMak aihh sampai 5 gelas. Segelas pun payah nak habis.
Harapnya begitulah. Mudah urusan. Memang senanglah hidup.
MA selalu nya kalau ada tunggu org yg surat kabar lam atu je.. x byk sgt pun
ReplyDeleteKalau tak banyak okaylah jual macam tu. Kalau sekali banyak tu lebih berbaloi jual di sini.
DeleteAkak pun slow buat skrg ni...mana yang x leh guna lagi tu memang nak jual je..ooo kat sini erk...selalu jual kat lori suratkhabar lama tu..macam x worth it je...boleh la pi hantar kat sini nanti
ReplyDeleteBaguslah macam tu kak. Jual pukal dapat banyak sikit. Kalau besi mahal sikit. Dapat lah jugak sikit. Surat khabar lama tu macam tak berbaloi sebab pernah terkena jugak. Nanti hantar sini je, tengok camne ok x.
DeleteKat sini takde tempat utk jual barang kitar, dulu ada. Taktahu la masih function ke tk. Tpi sebelum ni kami call org utk dtg kutip besi buruk, kira jual la
ReplyDeleteBoleh la drpd tkde... Cuya sempat pau abg Cuya sebab dia jual motor buruk dia 😂
Macam dah kurang kan tempat kitar semula. Susah nak mencari.
DeleteYa, kira OK lah tu daripada tak dapat apa lansung kan. Berat tu mesti dapat banyak sikit.
Banyak tu, Fizah, RM19, dah boleh pi mengopi, 2 orang. Hihi...
ReplyDeleteAkak kertas, majalah dan buku lama, akak sedekah pada orang yang jaga tong sampah besar. Orang tu, ambil segala, dan dia yang jualkan. Sebab kita tak tahu nak jual kat mana, dari menyemak di rumah, sedekah je la pada yang tahu mana nak letak.
Tulah tu, lepas duit kopi. hihi.. Bagus juga macam tu. Boleh membantu mereka juga.
DeleteKitorangpun ada asing sampah, nak pergi hantar itu yang bercinta. Hehe.
ReplyDeleteAlamak kiosk takde orang jaga? Maknanya dah tutup ambil barang ke?
Ada perbandaran datang kutip sampah recycle tak kak? Kalau ada senanglah, letak depan rumah je. Cuma tu lah tak ada pulangannya. Tapi okaylah macam tu asingkan sampah.
DeleteBest kan sampah boleh jadi duit. Tapi tulah, susah nak cari tempat jual barang yang berbaloi. Kadang-kadang sikit sangat harga per kilo yang ditawarkan.
ReplyDeleteDulu dekat area Putrajaya ada Alam Flora buat tau. Siap mereka pernah buat booth bergerak ke kawasan-kawasan lain. E-waste boleh hantar, buku, kertas, minyak masak terpakai and harga diorang not bad lah. Sekarang tak pasti diorang buat lagi ke tidak.
Seronok sampah boleh jadi duit. Taklah kita buang saja kan. Betul tu kak Farrah. Susah nak cari tempat jual yang berbaloi.
DeleteAda tengok kat Putrajaya tu. Kena ada waktu yang sesuai nak ke sana. Okay lah tu kalau berbaloi. Tinggal minyak masak je belum jual lagi sebab belum penuh. Jarang menggoreng, tumis² je.
byk juga tu hasilnya boleh dpt set kopi + creampuff hehehe
ReplyDeletekat area sy ada tp nunnn kena masuk kawasan perindustrian sn...
tp kalau tong2 recycle tu byk je kat sini...
Ya, sebab ada besi berat. Plastik tak seberapa sangat harga dia. Jenuh jugak kalau kena masuk kawasan perindustrian. Tong tu memang banyak. Kalau sikit sikit okaylah nak buang terus tanpa pulangan. Kalau banyak ni rasa rugi pulak kalau dibuang begitu.
Delete