Udang galah dan ikan baung, dua menu wajib kalau balik kampung. Lepas tu tak masak lemak cili api, masak goreng berlada kunyit. Lauk serba kuning sejak dari zaman dulu. Sampai satu hari tu kakak saya pun dah jemu mak asyik masak lauk kuning.

Tapi lauk kuning kuning itulah sampai sekarang jadi lauk kegemaran. Bukan ikan baung mentah je mak bekalkan bawa balik. Mak bagi juga beberapa ekor udang galah sungai. Saiznya tak berapa nak galah sangat. Cukuplah untuk kami berdua makan. 

Ikan baung masak lemak cili api campur belimbing buluh dah selamat masuk perut. Tak kan nak masak lemak cili api lagi kan. 

Bak kata kak Wina :
Tengok bulan ini tema masakan Fiza banyak masak lemak cili api sahaja
Punyalah seronok masak masakan lemak cili api sampai tak perasan asyik masak tu je. Hehe...Jadi, kita masak lainlah ye. Masakan kuning tapi masak berlada lah campur kunyit.

udang galah goreng berlada

Udang galah sungai masak berlada masakan ringkas dan cepat siap. Sedap pun sedap. Udang ni masak apa pun sedap. Kan?


udang galah goreng berlada

Tambah selera makan bila masakan udang galah sungai masak berlada ni pedas sikit. Baru berselera orang Johor dan Nismilan makan. Tak gitu?

Alhamdulillah...

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan
Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan ?
- Surah Ar Rahman ayat 13