Asal petang je hujan, asal hujan je petang. Cuaca tak menentu sekarang ni. Bila hujan turun, perut mulalah meminta minta. Terasa nak makan mi maggi lah pulak. Masak mi maggi jenis berkuah sedap hirup panas panas semasa hujan ni.

Apa tunggu lagi. Ke dapurlah kita. Didihkan air, rebuskan mi maggi dan toskan. Panaskan minyak masak sesudu, tumiskan cili api dan bawang putih. Masukkan air dan udang seketul dua. Kemudian masukkan cendawan tiram, white crab mushroom dan sawi bunga.

Masukkan mi maggi yang dah direbus tadi. Akhir sekali baru masukkan perencah mi maggi dan kacau rata. Baru terasa rasa kari tu. Kalau letak awal nanti rasa kari tu kurang sebab rasa cendawan tu take over. Begitulah masak maggi ikut selera saya. Lain mulut, lain selera.

resepi mee maggi kari sedap gila

Sedap ditambah cendawan banyak. Mulanya nak letak cendawan tiram je tapi ada stok white crab mushroom tu, nak habiskan campur je dalam mi maggi. Sedap pun sedap! Inilah dia semangkuk mi maggi untuk pencinta sayur. 

Ikutkan nak tambah taugeh, tauhu dan kobis. Ehhh..dah macam kimchi jjigae lah pulak. Kalau ada kimchi ni lagi sedap campur dalam mi maggi. Dengan rasa masam masam dia tu kan. 

Telur bukan lupa letak, saja biarkan mi maggi tanpa telur. Rupa tak berapa nak menawan tapi selera itu tertawan sudah.