Hello Julai! Berakhir lah sudah bulan Jun 2022. Tahu tahu dah habis separuh tahun 2022. Seram rasa nak mulakan kehidupan 1 Julai ni. Harga minyak Julai dah naik katanya. Minyak petrol minyak masak sama naik. 

Lepas ni kena duduk rumah je ke camne? Catu penggunaan minyak petrol. Tak boleh nak kerap kesana kesini. Makan pun kena makan rebus rebus je. Bagus jugak tu lebih sihat tapi kenaikan harga barang dah tentu tentu lah menambah bebanan rakyat Malaysia. Kalau gaji bertambah takpelah juga kan.

Selain tu, tiada pelanjutan untuk pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang selepas 30 Jun. Bukan itu sahaja, ada juga kesan yang lain bermula 1 Julai 2022.
  • Tiada subsidi minyak masak botol
  • Ayam dan telur tiada harga siling
  • Tarif elektrik dikhabarkan naik
  • Bekalan ikan belum stabil
Ghisau ghisau...

Bulan Mei dan Jun, mood blogging pergi jauh entah kemana. Harapnya bulan Julai ni dapat kembali semula dalam arena blogging. Maaf ye kalau masih belum membalas kunjungan. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah dan tinggalkan komen. 

july 2022

Page 182/365

Chapter 7
Dear Diary,
Staring at my beautiful carnation
Feeling an awe to its perfection
My mind pops with a random question
How if life doesn’t give me option?

There comes a time in life
When you have to make decision
Turn the page,
write another book
or simple close it.
Choose wisely

Cuti bulan Julai 2022 | Cuti sekolah Julai 2022

7 Julai (Khamis) : Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Cuti : Pulau Pinang)
9 Julai (Sabtu) : Hari Arafah (Cuti : Terengganu)
9 Julai (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Cuti : Pulau Pinang)
10 Julai (Ahad) Hari Raya Haji (Cuti : Semua Negeri)
11 Julai (Isnin ): Hari Raya Haji Hari Kedua (Cuti : Semua Negeri kecuali Johor)
12 Julai (Selasa) : Cuti Hari Raya Haji (Cuti : Perlis & Terengganu)
22 Julai (Jumaat) : Hari Sarawak (Cuti : Sarawak)
30 Julai (Sabtu) : Awal Muharram (Cuti : Semua Negeri)
30 Julai (Sabtu) : Hari Keputeraan Sultan Pahang (Cuti : Pahang)
31 Julai (Ahad) : Cuti Awal Muharram (Cuti : Kelantan & Terengganu)

Banyak juga cuti umum bulan Julai 2022 ni. Bolehlah rancang-rancang cuti kalau ada cuti negeri tu.

Baru-baru ni kes COVID-19 meningkat semula dan wabak Influenza Like-Illness (ILI) muncul. Semoga semuanya terkawal dan tak merebak pergi jauh. Paling penting jaga kesihatan sekarang. Macam-macam penyakit muncul. 

Take care semua.