Tahu tak sunscreen ni kena pakai hari-hari. Ye, walaupun duduk di rumah tetap kena pakai sunscreena juga. Mungkin ramai yang tak tahu kepentingan pakai sunscreen. Dulu saya pun anggap macam tak ada keperluan pun pakai sunscreen bila duduk rumah. Sebab tak keluar rumah, tak kena cahaya matahari kan. Rupanya saya silap.

Fungsi Sunscreen untuk wajah

1. Mengelakkan kulit sunburn/sun-tan/gelap/hitam/kulit terbakar
2. Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
3. Mengelakkan pigmentation/ jeragat (punca utama jeragat sebab tak pakai sunscreen)
4. Mencegah punca kanser kulit

baca juga : perbezaan sunscreen dan sunblock

Banyak kesan pakai sunscreen ni untuk menjaga kecantikan kulit. Baru baru ni terkena racun tiktok lagi. Sebelum racun tiktok beli produk Always Be Pure, sekarang ni terbeli Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++ pulak.

Bukanlah terbeli sangat pun, memang nak beli sunscreen sebab stok hampir habis. Alang-alang nak beli baru, kita cubalah Elegant Whitening Emulsion pulak. Asyik naik kat fyp je, mana tahan kalau tak beli. 

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE)

Elegant Whitening Emulsion adalah krim pemutih berasaskan air yg dirimus khas dengan pemutihan segera. anti-penuaan dan penghidratan aktif.

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Didatangkan dalam bentuk bekas silinder, nampak exclusive sangat produk Sunscreen Elegant Whitening Emulsion ni. Warna bekas dan tube dia pun menarik. In real macam warna dusty purple pink macam tu.

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Penutup tube warna pink metallic. Cantik kombinasi warna sunscreen ni dari bekas sampailah ke produknya.

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Tube juga di seal untuk mengelakkan krim terkeluar dan kebersihan produk pun terjamin.

Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

Kebaikan Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++

  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan garisan halus kulit
  • Melindungi kulit dari Sinaran UV
  • Menegangkan kulit
  • Mencarahkan kulit dengan adanya vitamin B3
  • Mengecilkan liang pori-pori
  • Anti penuaan (Anti - aging)
  • Krim yang berbau wangi
  • SPF 50++
  • Boleh dijadikan sebagai asas makeup (makeup base)
  • Meratakan tona kulit
  • Menghilangkan jeragat
  • Boleh dijadikan sebagai foundation
Apa yang membuatkan saya tertarik untuk membeli Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++  sebab dia boleh gantikan foundation. 

Bila pakai foundation biasa berwarna tu, auto face mask jadi kotor kan. Bila pakai suncreen Elegant Whitening Emulsion ni, kulit lebih cerah sikit seolah olah macam pakai foundation lah cerita dia. Face mask pun tak dicemari dengan warna lain.

testimoni elegant whitening emulsion
tona kulit lebih cerah dan pinkish


Sebelum ni pakai suncreen jenis biasa je memang betul betul untuk protect kulit. Tapi Sunscreen Elegant Whitening Emulsion (EWE) SPF 50++  ni luar biasa sikit sebab boleh gantikan sebagai foundation gitu. 

Tambah lagi kebaikan elegant whitening emulsion ni memenuhi apa yang saya nak. Paling best dia tak berminyak sangat walaupun nampak berkilat sikit. Macam biasalah kalau pakai suncreen kan. Mudah untuk oleskan pada kulit selepas pakai pelembap.

elegant whitening emulsion

Bau Elegant Whitening Emulsion ni wangi tau! Krim dia pun warna putih pink. Bila pakai nampaklah cerah merah merah jambu gitu. Mula mula tu pakai agak kelabu sikit sebab krim ni putih pink kan. Kulit saya pulak tak berapa nak cerah.

Tapi dah lama pakai dia jadi cerah sekata macam tu. Best pakai, tak rugi membeli. 

Kandungan Elegant Whitening Emulsion (EWE)

  • Niacinamide (Vitamin B3)
  • Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
  • Caesalpinia SpinosaGum(TaraTree)
  • Helianthus Annuus Extract (Sunflower Shoot)
  • Cichoriumlntybus (ChicoryRoot)
  • Avena Strigosa Seed Extract (BlackOats)

Cara guna Elegant Whitening Emulsion

Lepas cuci muka, pakai toner kemudian pelembap baru pakai Elegant Whitening Emulsion. Begitulah langkah yang betul. Bukan cuci muka terus pakai sunscreen tau! Silap tu.

Cara memilih sunscreen

Pilihlah sunscreen yang mengandungi Broad Spectrum yang memberikan perlindungan daripada UVA @ UVB. Mudah je untuk tahu, pastikan ada SPF ++ & PA ++.

Nampak macam best kan sunscreen ni. Jangan tanya kenapa saya teracun membeli. Bukan review berbayar. Review sebab produk menarik dan best pakai. Sesuai dengan kulit setakat ini.

Harga RM89, boleh cari dalam carian google. Boleh beli direct dari website, shopee atau mana mana platform. Boleh survey mana-mana seller yang berkenan di hati.