Dari beli satu pek, bertambah lagi koleksi decorative washi tape yang ada. Sebaris kiri tu dah lama beli sebenarnya. Tapi boleh pula tiba tiba dia menghilangkan diri entah kemana masa nak guna tu. Puas mencari.

Benda kalau hilang, lupa letak mana bila mencari tu tak kan jumpa. Bila tak mencari, eh ada pulak jumpa. Dah tak jumpa masa mencari tu, encik suami lah jadi penyelamat kena keluar kejap membeli. Nasib baik ada Mr DIY dekat je.

Tak boleh nak expect apalah kalau suami memilih walaupun bervideo call. Tak ada pilihan lain, suami beli 2 baris kanan tu. Sebenarnya semua tu dalam satu bekas, bukan dijual satu satu. Ada pelbagai saiz dan corak.

Okaylah, ada jugak corak yang berkenan di hati. 

decorative washi tape

Apakah Washi Tape

Washi tape ni sejenis tape yang pelbagai guna untuk dekorasi projek kraft, kad ucapan, journals dan lain-lain yang sesuai selain digunakan sebagai masking tape.

Decorative washi tape ni lebih menarik dengan pelabagai warna, corak dan saiz. Nipis dan tahan lama diperbuat daripada tumbuhan hijau dan buluh. Sejenis tape yang mudah melekat termasuklah dipermurkaan papan, plastik dan metal. 

Mudah juga untuk ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan atau rosak. Washi tape ni sekadar untuk melekatkan dan mencantikkan je. Bukan jenis tape yang kuat melekat tu. 

Saya akan gunakan washi tape ni untuk letakkan pada bungkusan hadiah atau kad. Kalau tak ada kad ucapan, boleh juga tulis atas washi tape ni sebagai pengganti.