Siti: Are You Ready? sebuah filem dokumentari Malaysia 2021 menampilkan penyanyi tersohor negara Dato' Sri Siti Nurhaliza. Filem dokumentari, Siti Are You Ready? dan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour Live In Concert terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Shiraz Projects mula ditayangkan bermula 30 Disember 2021 di saluran Astro First.

Siti: Are You Ready?

Siti: Are You Ready? & Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert

Tarikh tayangan : 30 Disember 2021
Siaran TV : Astro First
Pengarah : M. Azhar Rot, Anz Izwan
Dibintangi :  Siti Nurhaliza
Syarikat penerbitan : Shiraz Projects, Siti Nurhaliza Productions
Diedarkan oleh : Astro Shaw
Bahasa : Melayu

Juga juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Langgan dengan harga RM19.90. Untuk peminat Brunei, boleh melanggan melalui platform Vimeo on demand dengan harga USD4.99. Boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Filem dokumentari ini memaparkan perjalanan dan situasi sebenar, bukan lakonan. Siti Nurhaliza yang sebenarnya. 

“Itulah sisi sebenar saya sebagai Siti Nurhaliza. Anda akan lihat bagaimana saya berkejar dari satu tempat ke satu tempat, gaya sederhana saya, makan juga hanya sempat dalam kereta dan sebagainya. Semua itu bukan lakonan kerana setiap gerak geri saya dirakamkan,” -Dato' Sri Siti Nurhaliza

Siti: Are You Ready? menampilkan detik-detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert "Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur).

Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour – Live In Concert pula merupakan gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada tahun 2019. 

Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur).

sumber : astroawani