Tanpa menghitung hari, tahu-tahu dah masuk Page 365 of 365. Muka surat terakhir 12 episod buku tahun 2021. Esok dah masuk muka surat baru. Hari ni juga kebetulan adalah hari Jumaat terakhir tahun 2021. 

Apa nak dikata, tahun 2021 yang penuh dengan emosi. Kita masih diuji dengan COVID-19. penghujung tahun pulak diuji dengan banjir besar sana sini. Kehilangan orang yang tersayang dan harta benda. Sungguh benda begitu tidak mudah.

Ujian untuk kita semua yang membuatkan kita lebih mengingati Allah. Allah maha mengetahui segalaNya dan Allah sebaik baik perancang. 

Page 365 of 365

Hari ke 365 yang agak mendung. Nak photoshoot tak kesampaian dok menunggu cahaya masuk. Masih kelam sehingga ke petang. Tiba-tiba hujan lebat turun. Auto cancel nak ambil gambar.

Risau pulak hujan lebat ni. Dah ada amaran beberapa tempat supaya bersiap siaga jika berlaku banjir. Harapnya tak hujan lama dan air pun tak naik.

Page 365 of 365 finally closing this book. Are you ready? Ready atau tidak, masa tetap berjalan tanpa menunggu kita. Page 365 of 365, End of 2021.

notapink : harini tak dapat nak blogwalking sangat. Internet tenggelam timbul tak tahulah kenapa. dengki betul tak nak bagi kerjasama. Ke browser chrome problem. Slow loading pun ye jugak.