Mr. Millennium, drama melayu bersiri terkini gandingan lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne. Drama Mr. Millenium episode 1 mula bersiaran pada 7 Disember, Isnin-Khamis jam 8:30 malam di Slot Diandra TV9.

drama mr millennium full episode

DRAMA MR. MILLENIUM

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 7 Disember 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 8:30 malam
Siaran TV : Slot Diandra TV9
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : MIG Productions Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Aqasha sebagai Jamil
  • Cristina Suzanne sebagai Mastora / Qistina
  • Esma Daniel sebagai Dato King
  • Ady Mohammad sebagai Man Toba
  • Danial Amri sebagai Badul
  • Shukry Ramlee sebagai Bujar
  • Bard Kerdil sebagai Tok Mudim
  • Amrel Norman sebagai Malik
  • Zarina Zainuddin sebagai Mak Jenab
  • Nu'man Salleh sebagai Pak Meon
  • Fieza Hanafie sebagai Mak Seha
 

SINOPSIS MR. MILLENIUM

Jamil (Aqasha) dan Mastora (Cristina Suzanne) adalah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung pada zaman 60-an. Mereka tidak mempunyai anak akan tetapi penduduk kampung menganggap Jamil dan Mastora sebagai pasangan yang romantik dan lurus serta hidup bahagia.

Jamil sejenis yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Pada satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden.

Jamil terpinga-pinga dengan dunia yang serba moden dan telah berlaku pelbagai insiden lucu. Tambahan lagi, Jamil telah berjumpa dengan seorang wanita yang seiras dengan Mastora semasa muda, Qistina. 

Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya. 

Di ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Dalam pada itu juga, Mastora  tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu.

LAGU TEMA (OST) MR MILLENIUM

Boom Bada Boom - Erul Omar