Dah ambil dos penggalak? Sudah? Lemah!!! Haa memang lemah semacam. Beberapa hari dah cuti masak sebab macam tak berdaya nak masak. Sampaikan bila baru masak malam tadi, encik suami cakap dah lama tak makan masakan saya. Ehhhh...Baru beberapa hari je kot.

Menu merarau semalam, encik suami tapau nasi kukus ikan kembung bakar dan nasi kukus ayam penyet dan juga kerang bakar. Sejak berkenan dengan rasa masakan Zarra Ikan Bakar, tak cari tempat lain dah. 

Dah banyak kali membeli ikan bakar dan ayam penyet. Zarra Ikan bakar ni pun dah berpindah lokasi. Ada dua nama, Zarra Ikan Bakar dan Zarra Penyet House.

Alang-alang encik suami walk in, bolehlah beli ala carte kerang bakar sahaja tanpa nasi.   Kalau membeli di foodpanda, kena beli set dengan nasi sekali.

Kerang Bakar Bersambal Zarra Ikan Bakar

Tak sangka pulak kerang bakar dia bersambal. Ingatkan kerang bakar kosong je. Hampir penuh sebekas kerang bakarnya. Saiz kerang sederhana je. Isi pun ciput. Bolehlah tu buat lepas teringin nak makan. Disekalikan dengan sambal kicap.

Sambal kicap dia sedap tapi tak pedas sangat. Kalau sambal pedas mesti lagi sedap makan. Maklumlah, saya ni sejenis pempedas orangnya. Kena ada pedas sikit. Tak perlu pun pedas berapi. Nanti hilang pulak nikmat makan bila bersulamkan air.

Kerang Bakar Bersambal Zarra Ikan Bakar

Dah lama tak ambil gambar makanan. Lama pulak cuti ambil gambar. Tak ada job, mana nak datang rajinnya. Lagipun sibuk banyak urusan, kesana kesini, kena cucuk vaksin lagi. Ambil gambar sekadaran cukuplah.

Nak jimat, kenalah walk ini. Guna service food delivery faham fahamlah harga dia macamana kan. Ini harga kalau walk in.

Harga Menu Zarra Ikan Bakar Penyet House

Tersinggah Seremban tu bolehlah cuba menikmati menu di Zarra Ikan Bakar Seremban. Lokasinya seperti dalam gambar. Save terus gambar ni pun boleh.

Zarra Ikan Bakar Seremban Penyet House

Sebab sedap kita promotelah. Bukan paid review ye.